The story of humanity: yang korang mesti tengok

10:36 AM

|| Assalammualaikum ||

Hari ni nak review sikit cerita-cerita humanity yang sangat menyentuh hati.....
How humanity yang dimaksudkan, adalah benda yang bersangkut paut lagi berkait rapat dengan kehidupan. That is something yang kita boleh belajar. Lebih kurang macam bila kita tengok, at the end kita boleh muhasabah balik hidup kita, tengok balik diri kita. Ok, every cerita akan ada explanation kenapa cerita tu best dan korang mesti tengok. ^_^

1. Yamada Taro Monogatari (The Story of Yamada Taro)
Cerita yang banyak kombinasi genre, tapi tak ada la cintan sangat. mengisahkan kisah kehidupan dua orang pelajar pintar yang memiliki latar belakang kehidupan yang berbeza. Si miskin dan Si kaya. Tapi, tanpa sengaja, semua pelajar sekolah tersalah faham dan menganggap kedua-dua mereka ni adalah anak orang kaya. Si kaya, tinggal bersama datuknya yang tak banyak masa dengan nya, si miskin pula hidup di sebuah rumah usang bersama ibu dan 6 orang adiknya, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. adik-adik yang banyak karenah, ayahnya yang kejap ada kejap menghilang. Kesemua 10 episode dan every episode ada kisahnya. Ok, terus ke pengajaran; Pertama, tak ada benda yang mustahil kalau kita ada usaha, kedua, duit dan kekayaan tidak mungkin dapat beri bahagia, ketiga, jangan kita mengeluh dengan hidup kita sebab, selain dari kita, ada lagi yang hadapi hidup lebih sukar dari kita. Bila tengok cerita ni, saat aku rasa...exam ni susah, ujian ni berat....terus terfikir balik...aku tak patut merungut sebab aku masih ada kehidupan yang lebih baik daripada orang-orang yang hidup daif macam dalam cerita ni.



2. Kuruma Isu de Boku wa Sora wo Tobu (I will Soar in the Skies in my Wheelchair)
Sekali lagi cerita lakonan Nino, yang juga merupakan ahli kumpulan Arashi....tak tahu la, mungkin dah jatuh cinta dengan lakonan dia. But seriously, lakonan dia memang terbaik sebab muka dia feel bila scene tu sedih. Dia pun banyak lakonkan cerita-cerita kemanusian, mostly. Ada satu lagi cerita yang aku nak tengok, cerita agak lama yang tajuknya Door to Door dan baru-baru ni cerita terbaru dia Boucchan . Eh, ok2, teruskan pada cerita ni dulu, cerita ni menceritakan tentang lelaki yang hidupnya sangat teruk, tunggang langang, dan tak terurus, tapi dia tetap usaha nak cari kerja. Belum sempat dia dapat kerja, dia telah terjatuh dari bangunan sebab nak lari dari samseng, sehingga lah kaki dia lumpuh, kira dia dah lumpuh separuh badan, sampai akhir hayatnya dia akan bergantung pada kerusi roda. Sepanjang dalam rawatan di hospital, dia sangat down, putus asa dengan hidupnya, rasa useless. Tapi dia sedar, bila dia jumpa dengan ramai pesakit yang mengalami penderitaan lebih teruk dari dia. Salah seorangnya adalah seorang budak yang hidupnya tak sampai beberapa bulan lagi sebab budak tu mengahidapi kanser. Bila budak ni meninggal, ibu dia pula menghilang, dia makin down dan rasa nak bunuh diri, tapi peristiwa demi peristiwa dalam cerita ni, memulihkan balik semangatnya. Banyak benda yang nak diceritakan tapi susah nak diungkap dengan kata-kata, rasanya scene tu lebih penting sebab pengajarannya lagi solid. Part paling sedih bila, part dia dan mak dia. Ok, pengajarannya; Pertama, we've to love our life...walau pahit macam mana sekalipun, sebab itu yang telah ditakdirkan untuk kita, kalau dari sudut islam, apa yang berlaku pada kita adalah satu ujian dari Allah buat kita dan itu tanda Allah sayang pada kita, sakit yang Allah bagi, untuk menghapus dosa-dosa kita. Banyak lagi pengajaran kita boleh dapat. Mungkin, kadang kita kena tengok kisah orang baru kita boleh cermin diri kita.




3. Hope
Cerita korea, that story about a kid; was rape by inhuman man yang supposed to call him animal. Severely!! we were live in humanity, rasa sedih jugak dengan nasib budak-budak macam ni, sehingga dia dilema dengan lelaki dan paling sedih bila ayah dia sendiri dia takut. What the dad felt?Tak tahu nak bagi pengajaran macam mana untuk cerita ni, mungkin terlalu banayk kita boleh dapat. Bila kita tengok, sedihnya kita saja boleh rasa :')


4. Cart
Cerita korea yang menceritakan tentang kehidupan seorang ibu membesarkan dua orang anaknya. Hidup yang bergantung pada kerja beliau sebagai pekerja di sebuah supermarket. Anak-anak yang memerlukan duit untuk bersekolah. Satu hari konflik berlaku....sehingga dia perlu memperjuangkan sesuatu demi kerjanya yang menjadi sumber kewangan hidupnya. tak tahu nak explain pengajarannya, tapi lebih kurang tentang kehidupan. Tengok orang susah, bantu kita untuk sentiasa rasa bersyukur dengan hidup kita.


5. Sirius
Kisah dua orang kembar yang mempunyai nasib dan perwatakan yang sangat jauh bezanya. Abangnya seorang yang kuat mental dan fizikal, tetapi adiknya pula yang serba lemah. Ibunya sangat pilih kasih dan sayang pada abangnya. Abangnya pula sangat sayang pada adiknya yang lemah dan sentiasa dibuli. suatu hari, adiknya dibuli teruk oleh rakan di sekolah sehingga menyebabkan badan adiknya luka dan lebam. Melihat keadaan itu, keesokan harinya, Abangnya memakai baju uniform sekolah adiknya untuk menyamar menjadi adiknya demi membalas dendam dengan orang yang telah membuli adiknya. Perbalahan berlaku di atas bumbung sekolah, dan tanpa sengaja pelajar yang membuli adiknya dengan sendirinya telah terjatuh dari bangunan sehingga menyebabkan kematian. Maka, abangnnya yang telah dituduh membunuh kerana berada di tempat kejadian. Abangnya ditahan polis dan akan dipenjara, tetapi ibunya merayu pada adiknya untuk gantikan tempat abangnya kerana ibunya sangat sayang pada abangnya dan tidak sanggup melihat abangnya dipenjara. Tetapi, abangnya tidak membenarkan kerana, semua adalah salah abangnya. Ibunya tidak dapat terima kenyataan dan tetap mempersalahkan adiknya, kerana sebab utama abangnya ke sekolah adiknya adalah untuk menolong adiknya. Akhirnya, abangnya tetap dipenjara kerana dia tidak mahu adiknya yang menaggung kesalahnya. sepajang hidup adiknya bersama ibunya, ibunya langsung tidak mengambil berat tentang dirinya dan kerap merintih menyebut-nyebut nama abangnya yang masih dipenjara. keaadaan itu membuatkan adiknya rasa tertekan dan mula benci pada abangnya yang lebih disayang. Setelah tamat sekolah, adiknya berkerja sebagai seorang anggota polis di bahagian penyiasatan. Di situlah pertemuan mereka, namun penerimaan adiknya terhadap abangnya masih sukar kerana dia masih berasa tidak puas hati dengan abangnya yang menyebabkan dia hidup menderita tanpa mendapat kasih sayang ibunya. Abangnya dijadikan umpan untuk menangkap penjenayah, namun abangnya bersikap rela kerana demi adiknya, apa saja dia sanggup lakukan kerana dia tahu adiknya tidak sekuat dirinya. Namun, Abangnya bangga melihat adiknya yang semakin berkeyakinan dan hebat sebagai seorang anggota polis. Adiknya akhirnya sedar akan kasih sayang abangnya apabila akhirnya abangnya telah meninggal kerana dibunuh oleh penjenayah sewaktu dia menjadikan abangnya sebagai umpan. Satu penyesalan yang tiada gunanya. How hurt you want to hold your tears?? sangat sakit....Pengajarannya, jangan ada dendam, berlapang dada lah dan belajar untuk memaafkan, itu kunci untuk kita lihat kebenaran, kebenaran tentang siapa yang menyayangi kita. Dendam ni racun yang membunuh. Cerita terbaik setakat ni... :)


Thanks For Yor Comment

0 comments

Contact Form