Iklan Raya TNB #LepasTu

Assalammualaikum....

Hari ni curi masa sikit nak update blog.
Nak cakap pasal iklan raya TNB yang tengah viral sekarang ni.
Ye ye aku pun tengok ...


Pengajaran yang disampaikan dalam method yang pada masa sama memberi hiburan pada kita.
Dibintangi oleh Lan pet pet....rasa rindu dengan kumpulan Senario. Kalau dulu Senario banyak buat sketsa komedi untuk hari raya memang sangat best. That is how my childhood hari raya sangat menyeronokkan.

Berbalik pada video iklan ni....quote dia :
"Tiada kesilapan yang tidak boleh dimaafkan"
Aku rajin sikit hari ni nak buat huraian sebab mood menghurai dah datang sejak malam tadi.  
(Bila adik aku urgently wassap minta aku ajar dia cara buat huraian point untuk subjek pengajian perniagaan)

Ok, baiklah....
Apa yang nak dihuraikan kat sini adalah tentang kemaafan....sekali lagi saya sebut, 'kemaafan'.

Bukan menjelang hari raya saja kita nak mula memaafkan orang lain. Dalam bulan ramadhan ni dan sepanjang hari-hari kita juga, kita perlu memberi dan meminta kemaafan.

Biasa kita dengar.
"Nanti la, tunggu hari raya aku minta maaf"

"Nanti la, hari raya baru aku maafkan..."

Andai saja kita sempat menemui 1Syawal.
Akar atau point utama yang iklan ni cuba sampaikan adalah, pentingnya kita mengaku setiap kesalahan kita walaupun benda tu sudah berlalu dan meminta maaf tu sangat penting.

Dan kita juga sebagai hamba...dan sama-sama hamba yang hidup dia atas muka bumi ini,
Walau sebesar manapun kesalahan seseorang pada kita, maafkanlah mereka jika mereka benar-benar kesal dan mengharapkan kemaafan daripada kita.

Allah itu Maha pengampun lagi Maha penyayang.
Dan Rasulullah seorang Rasul pun memaafkan umatnya..

Lazimkan memberi dan meminta maaf sesama manusia pada setiap hari....

Be your better self bukan Munafik


|| Assalammualaikum ||
Buat yang julung-julung kalinya, blog update lagi.
I inspired to make this entry sebab beberapa persoalan yang diutarakan oleh beberapa individu, antaranya;

"Nak jadi diri sendiri tu macam mana? kalau diri sendiri asalnya tak baik"

"Macam mana orang yang nak jadi diri sendiri, tapi tak tahu diri sendiri tu macam mana" -_-'

"Orang yang nak berubah tu macam mana? bila kena kecam dengan ayat 'be yourself' "

"Hipokrit dan Munafik tu apa beza?"

Maka aku mula bercakap dengan kaca mata aku yang berpowerkan 250 degree kanan dan 275 degree kiri ini.

Nak bagi jawapan ilmiah lagi bermotivasi mungkin tak dapat tercapai tahap yang tertinggi.
Bagi aku, 'be yourself' is not justified without the word 'better'...
aku lebih prefer ayat 'be your better self'

Kalau kita rasa diri kita tak baik, diri kita banyak dosa....itu tandanya hati kita masih ada cahaya hidayah sebab kita ada kesedaran. Dan kesedaran itulah sebenarnya diri kita.

Tak ada, bila kata "be yourself"

|| "Oh, I've to be myself...aku ni bukan baik sangat pun, maka inilah diri aku, kalau aku jadi baik, nanti orang kata aku hipokrit" ||

Remember this, Allah tidak menciptakan diri kita dari asalnya bersifat jahat. Asalnya kita dilahirkan tanpa dosa, umpama kain putih yang suci, itu lah maksud diri kita yang sebenar. Dari situlah permulaan identiti kita.

Jangan kisah apa yang orang nak kata bila kita berubah jadi lebih baik, sebab kita yang kembali jadi diri kita sendiri, dan diri kita asalnya adalah sebaik-baik kejadian. Allah berfirman:

 لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
"Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian"
(At-Tinn : 4)

Yang jahat itu adalah sifatnya musuh manusia (iblis & syaitan)
Maka, jangan takut nak berubah....kita tak buat salah, berubah itu satu kejayaan kita melawan godaan syaitan. You've to appreciate yourself....

"Apa ni, dulu freehair lawa....skarang dah bertudung pulak"

"Eh, dulu boleh lepak keluar malam...asal sekarang dah tak nak, takut kena marah mak ke?"

"Asal dah tak merokok, takut mati ke?"

Abaikan bisika-bisikan manusia yang masih belum jumpa 'nur' dalam jiwanya....
Appreciate yourself....yang terpilih untuk mendapat hidayah.

Ada words ni yang aku sangat rasa deep sebab maksudnya yang tersirat.
"If you find darkness in your heart after you sinned, know that in your heart there is a light, because of this light you can felt the darkness"
A pious man was asked, "Why do you go to Masjid before adhaan?". He reply, "Adhan is to remind the forgetful and I wish not to be from them"
 Dan akhir sekali Hipokrit dan Munafik apa beza?

"Biasanya, orang yang nak berubah, dia akan down dan lemah semangat untuk berubah sebab orang kata dia hipokrit" (Adnin Roslan - 2014)

Betul...

Hipokrit dan Munafik, dari segi bahasa membawa maksud yang sama iaitu berpura-pura.
Munafik : Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah.

Contoh : Bila orang tanya adakah dia islam, maka dia menjawab 'ya' sedangkan dia masih tidak melaksanakan hukum-hukum islam, aurat tak tutup, ikhtilat tak jaga, tak melaksanakan solat, tak puasa, syirik pada Allah dan sebagainya...

Persoalannya, rela ke kita digelar Munafik? sedanngkan perkataan 'Hipokrit' menjadi masalah pada kita.

Bila kita dah betul-betul berubah, kita ada rasa nak tutup aurat dengan sempurna, nak jaga ikhtilat, nak jaga solat, puasa tak tinggal, taat dengan perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya...
Kita tak akan rasa apa bila orang kata kita hipokrit, sebab kita tahu hati kita tidak berpura-pura.

Dalam masa kita nak berubah, Syaitan tak dapat duduk diam, mereka berada dalam kerisauan dengan peningkatan iman manusia. Macam-macam cara mereka akan buat termasuklah mengganggu hati-hati manusia dengan bisikan-bisikan dan perasaan berputus asa untuk berubah.

Wallahu a'lam
Semoga berubah dengan istiqomah ^_^
Note to self_

Misi Iftar TS

- Assalammualaikum -

Salam Ramadhan ke 11....

Semalam baru sahaja selesai satu paper.....Business Law.
Syukur Alhamdulillah sebab Akta dan undang-undang yang aku hafal giler-giler tu juga yang keluar.

Dan sekarang lagi 3 paper yang tinggal untuk diharunggi tahap kesusahannya.
Walaupun otak dah ingat nak balik je.....semoga tabah...

Semalam seorang sahabat baru pulang dari kampung halaman.
Dia baru sahaja kehilangan ibu tercinta beberapa hari yang lalu.....
Meninggalnya di bulan Ramadhan yang mulia, semoga ibunya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Allah, sedih....sebak bila dia tak sempat berjumpa dengan ibunya yang meninggal sewaktu dia dalam perjalanan pulang....dan kepergian ibunya pada dua hari sebelum peperiksaan bermula.

Setiap kejadian yang berlaku, itu merupakan ujian buatnya di bulan ramadhan.
Ujian kita, tak siapa tahu.
Kita perlu bersiap sedia dalam setiap perkara....tetapkan hati kita pada Allah agar kita sabar dalam semua ujian yang mendatang.
Kematian itu tidak mengira siapa, bila-bila masa kita akan dipanggil.
Hargailah insan yang ada disekeliling kita.
Berbaktilah pada kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada.

Buat sahabat, kami tahu kamu kuat sahabat dan kami tetap ada menyayangi kamu.
Semoga redha dan tabah.
Buat yang terbaik untuk pelajaran kamu.
Percayalah, ada hikmah disebalik kejadian.
Allah telah merancang yang terbaik untuk kita.

Alhamdulillah, semalam pulangnya sahabat dengan wajah yang tenang.
Aku pasti dia sedang berperang dengan kesedihan.
Tapi dia gigih untuk tersenyum.

Perancangan geng TS untuk ambil dia di terminal kemudian berbuka puasa bersama.
Tapi perancangan Allah siapa yang tahu.
Ceritanya, lepas selesai sewa kereta...
Belum sempat kami pergi ambil, dia dah pun otw balik kolej kediaman naik bas.

Tapi, kami tetap pujuk dia ajak buka puasa sama.
Dalam jam 5:30 pm kami bertolak ke bandar.

Suasana dalam kereta agak senyap.
Mungkin semua tak ada modal nak diceritakan.
Tambah lagi dua orang muslimin kat depan, biasanya muslimat akan duk senyap.

Sebelum pergi berbuka puasa, kami singgah ke supermarket untuk mencari kotak.
Sebab tak lama lagi nak cuti sem, kami kena siap sedia nak packing barang.
Ok, misi mencari kotak dah settle.

Kemudian, kami singgah ke masjid besar di bandar untuk berbuka puasa dan solat maghrib.
Tiba kat masjid baru teringat, masjid memang ada sedia iftar setiap bulan Ramadhan.
Boleh pulak terlupa....:D

Jadi ceritanya, kami pun 'ter' join iftar dengan jemaah di masjid dan rasa bersyukur sangat.
Pada awalnya, kami rancang nak iftar minum air dengan makan kurma, lepas tu solat maghrib dan pergi makan kat restoran...

Tapi, itulah perancangan Allah....
Aku kata kat sahabat...

"Perjalanan dan rezeki kita hari ni, Allah dah atur"

"Allah dah tetapkan rezeki kita hari ni, dekat masjid ni"

....sahabat senyum

"Ok, esok nak ke masjid mana lagi? hehe".....gurau seorang sahabat.

....gurau senda disambut dan tenang melihat sahabat-sahabat gembira

Sehingga, misi perjalanan kami hari tu digelar 'Kembara Iftar TS'....'Jelajah Masjid'....'Kembara Masjid'
Macam-macam gelaran ada....ingat ni program ke apa...haha :D

Ini lah rahmat di bulan ramadhan....

Selesai berbuka dan berjemaah di masjid,
Jam 7.15 pm
Tempoh sewa kereta tak boleh nak extend...jadi kami pun decide untuk terus balik memandangkan perut pun dah kenyang. Syukur alhamdulillah dengan membawa pulang sebungkus nasi berlaukkan rendang dan sayur kuah kacang dal, makanan iftar masjid sedekah dari Dorset Hotel.

Kisahnya.....
Misi iftar TS kali ni lari dari perancangan sendiri tetapi mengikut perancangan Allah yang sangat indah.

Geng TS jarang dapat peluang keluar iftar sama-sama.....
Paling kerap pun antara muslimat, di situ la skill masak masing-masing terserlah dan yang muslimin pula biasa iftar kat masjid kampus.

Jadi hari ini, walaupun tak iftar sama-sama antara TS.
Yakin tetap ada hikmahnya...dan yang paling penting dapat tengok sahabat-sahabat tersenyum.

Doakan buat sahabat, agar dia terus tabah menjalani hari-harinya.
Semoga dapat meredhakan kepergian ibunya.
Al-fatihah buat ibunya, Allayirhamah Sainah. 
InsyaAllah....Yakinlah dengan kita sabar dalam setiap ujian, Allah pasti membalasnya dengan seribu satu kebaikan.

Puasa di perantauan....lagi

 気持ちを言葉にすることができない。
Assalammualaikum....
I supposed to study at this moment. But end up, I put down my pen and lay down on the floor.
Sedar tak sedar, minggu depan dah start final exam...Ganbatte for me yang masih malas-malas nak study. -_-

Puasa di perantauan,
Macam la jauh sangat bila kata 'perantauan'.....but indeed, rasa sangat jauh bila yang namanya keluarga tiada di sisi.

Tapi, sedar tak sedar jugak....dah nak masuk ramadhan ke-3
Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita.
Dan aku tinggal lagi setahun untuk habiskan degree.

Ekceli, banyak benda lagi yang akan merisaukan aku.
I've learned a lot sejak jadi anak perantau. Aku rasa, ayah aku lagi banyak pengalaman dan banyak benda yang dia belajar sejak hampir 24 tahun hidup di perantauan.
Maka aku tak ada alasan nak bagi kat ayah aku, bila aku kata aku tak kuat sendiri...puasa tanpa keluarga. That is not an excuse to be sad.

24 years is more precious compared to 2 years that I've through.

I can....
As long I still have friends yang sekepala dan seselera makan...
Live is nice, setelah menambah mereka sebagai serbuk perasa kebahagiaan...
pehhh ayat aku...^_^'

Setelah diamati dan dikira, ditolak dibahagi tambah semua.....
Aku akan balik bercuti pada 28 Jun ( Seminggu sebelum raya) sebab paper last aku 27 Jun.

Pada hari raya yang akan datang 2017, sekiranya masih dipertemukan, mungkin aku tak dapat balik atau mungkin aku akan balik cuma seminggu....memandangkan bulan ramadhan semakin miningkat bulan, kemungkinan tahun depan akan jatuh pada bulan 5 dimana aku masih berada dalam mid-sem tahun akhir. Kalau nak balik, nampaknya I've to decide untuk intern dekat hometown. But.....so many 'but' to discuss.....

Hah, apa yang aku cerita dalam entri ni sebenarnya tak bermotif...
I just felt bored if I just lay down on the floor and my eyes follow the spinning fan.
Mana la tahu, lepas merapu kat sini, semangat study tu mai balik...

Pengajaranya..,
jangan la jadi macam saya...
Pi study....minggu depan exam.
Selamat berpuasa....maaf jika ada salah dan silap.
Selamat menjalani bulan yang mulia dengan amal ibadah.
^_^

Contact Form