Misi Iftar TS

10:11 AM

- Assalammualaikum -

Salam Ramadhan ke 11....

Semalam baru sahaja selesai satu paper.....Business Law.
Syukur Alhamdulillah sebab Akta dan undang-undang yang aku hafal giler-giler tu juga yang keluar.

Dan sekarang lagi 3 paper yang tinggal untuk diharunggi tahap kesusahannya.
Walaupun otak dah ingat nak balik je.....semoga tabah...

Semalam seorang sahabat baru pulang dari kampung halaman.
Dia baru sahaja kehilangan ibu tercinta beberapa hari yang lalu.....
Meninggalnya di bulan Ramadhan yang mulia, semoga ibunya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Allah, sedih....sebak bila dia tak sempat berjumpa dengan ibunya yang meninggal sewaktu dia dalam perjalanan pulang....dan kepergian ibunya pada dua hari sebelum peperiksaan bermula.

Setiap kejadian yang berlaku, itu merupakan ujian buatnya di bulan ramadhan.
Ujian kita, tak siapa tahu.
Kita perlu bersiap sedia dalam setiap perkara....tetapkan hati kita pada Allah agar kita sabar dalam semua ujian yang mendatang.
Kematian itu tidak mengira siapa, bila-bila masa kita akan dipanggil.
Hargailah insan yang ada disekeliling kita.
Berbaktilah pada kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada.

Buat sahabat, kami tahu kamu kuat sahabat dan kami tetap ada menyayangi kamu.
Semoga redha dan tabah.
Buat yang terbaik untuk pelajaran kamu.
Percayalah, ada hikmah disebalik kejadian.
Allah telah merancang yang terbaik untuk kita.

Alhamdulillah, semalam pulangnya sahabat dengan wajah yang tenang.
Aku pasti dia sedang berperang dengan kesedihan.
Tapi dia gigih untuk tersenyum.

Perancangan geng TS untuk ambil dia di terminal kemudian berbuka puasa bersama.
Tapi perancangan Allah siapa yang tahu.
Ceritanya, lepas selesai sewa kereta...
Belum sempat kami pergi ambil, dia dah pun otw balik kolej kediaman naik bas.

Tapi, kami tetap pujuk dia ajak buka puasa sama.
Dalam jam 5:30 pm kami bertolak ke bandar.

Suasana dalam kereta agak senyap.
Mungkin semua tak ada modal nak diceritakan.
Tambah lagi dua orang muslimin kat depan, biasanya muslimat akan duk senyap.

Sebelum pergi berbuka puasa, kami singgah ke supermarket untuk mencari kotak.
Sebab tak lama lagi nak cuti sem, kami kena siap sedia nak packing barang.
Ok, misi mencari kotak dah settle.

Kemudian, kami singgah ke masjid besar di bandar untuk berbuka puasa dan solat maghrib.
Tiba kat masjid baru teringat, masjid memang ada sedia iftar setiap bulan Ramadhan.
Boleh pulak terlupa....:D

Jadi ceritanya, kami pun 'ter' join iftar dengan jemaah di masjid dan rasa bersyukur sangat.
Pada awalnya, kami rancang nak iftar minum air dengan makan kurma, lepas tu solat maghrib dan pergi makan kat restoran...

Tapi, itulah perancangan Allah....
Aku kata kat sahabat...

"Perjalanan dan rezeki kita hari ni, Allah dah atur"

"Allah dah tetapkan rezeki kita hari ni, dekat masjid ni"

....sahabat senyum

"Ok, esok nak ke masjid mana lagi? hehe".....gurau seorang sahabat.

....gurau senda disambut dan tenang melihat sahabat-sahabat gembira

Sehingga, misi perjalanan kami hari tu digelar 'Kembara Iftar TS'....'Jelajah Masjid'....'Kembara Masjid'
Macam-macam gelaran ada....ingat ni program ke apa...haha :D

Ini lah rahmat di bulan ramadhan....

Selesai berbuka dan berjemaah di masjid,
Jam 7.15 pm
Tempoh sewa kereta tak boleh nak extend...jadi kami pun decide untuk terus balik memandangkan perut pun dah kenyang. Syukur alhamdulillah dengan membawa pulang sebungkus nasi berlaukkan rendang dan sayur kuah kacang dal, makanan iftar masjid sedekah dari Dorset Hotel.

Kisahnya.....
Misi iftar TS kali ni lari dari perancangan sendiri tetapi mengikut perancangan Allah yang sangat indah.

Geng TS jarang dapat peluang keluar iftar sama-sama.....
Paling kerap pun antara muslimat, di situ la skill masak masing-masing terserlah dan yang muslimin pula biasa iftar kat masjid kampus.

Jadi hari ini, walaupun tak iftar sama-sama antara TS.
Yakin tetap ada hikmahnya...dan yang paling penting dapat tengok sahabat-sahabat tersenyum.

Doakan buat sahabat, agar dia terus tabah menjalani hari-harinya.
Semoga dapat meredhakan kepergian ibunya.
Al-fatihah buat ibunya, Allayirhamah Sainah. 
InsyaAllah....Yakinlah dengan kita sabar dalam setiap ujian, Allah pasti membalasnya dengan seribu satu kebaikan.

Thanks For Yor Comment

0 comments

Contact Form