Respect and be kind




Assalammualaikum...and salam 11th ramadhan. Alhamdulillah.
I suppose to post something last night but time not allow me to do so.
Jadi hari ini, topik yang akan saya bincangkan adalah tentang respect and how your goodness work. It's might related with isu semasa or perhaps not. It's up to how your brain read and relate it.

And obviously this topic is about something yg cuma ingin bercerita dan memberi pendapat tentang rasa hormat sesama manusia yang selayaknya dihormati.

Kalau macam saya, I've my own principle which is,
"Once you get my respect, don't betray it because you'll never get it again as the same."
Means that, kalau saya menghormati seseorang yang layak dihormati, tetapi apabila dia akhirnya melakukan sesuatu yang menghilangkan rasa hormat itu, belum tentu hormat saya yang seterusnya akan sama seperti rasa hormat saya pada awalnya.

Boleh faham di situ? ^_^'

Okay, saya bagi contoh, let say I have a boss in one company and I'm an ordinary staff, saya akan menghormati boss saya selayaknya dia perlu dihormati sebagai seorang yang lebih tua dari saya, lebih berpengalaman, dan mempunyai keperibadian yang baik. Ok thats it. Tapi bila satu hari dia menunjukkan belang, perasaan amarah yang tidak terkawal, mula mengeluarkan kata-kata kesat kepada staff yang lain, menipu dalam urusan syarikat, rasuah, seleweng dan sebagainya, maka rasa hormat yang diberikan pada awalnya akan hilang, mungkin yang tinggal hanya hormat sesama hamba.

Hence, my point is....if you want people to respect you, avoid yourself from doing something disrespectful.

But in other case pula, bila seseorang tu dah buat sehabis baik untuk orang hormat pada dia tapi sebaliknya orang pijak kepala dia dan akhirnya dia akan cakap...
"Saya ni bukanlah nak minta sangat orang hormat saya tapi at least mereka tahu macam mana cara beradab dengan orang lain". It's kind of respect actually. Sama je. Beradab adalah salah satu cabang hormat.

So, tiada seorang pun dalam dunia ni yang tidak ingin dihormati. We've our own pride.

Few advice yang korang boleh relate dengan beberapa keadaan,
1. Siapa pun dia dan bertapa buruknya sikap dia terhadap kamu, jangan sesekali menghentamnya dengan kata2 yang kurang hormat dan tiada adab kerana kalau kita berbuat sedemikan, maka dia dan kita tiada beza.

2. Hormat privacy atau aib orang lain. If dia tidak sedar akan perkara yang telah memalukan dirinya, tegur secara lembut dan tidak memalukan lagi dirinya. Tetapi jika dia sendiri yang membuka aib dirinya tanpa rasa bersalah, berilah teguran yang memberi kesedaran buatnya yang boleh menjentik rasa malu dalam diri dia.

Another topic is,
How your goodness work?
Ada sesetengah orang, bila orang buat baik dia mengata, orang buat tak baik lagi la dia mengata. Jadi apa yang dia mahukan sebenarnya?

Marilah kawan2 kita kekalkan dalam pemikiran kita bahawa setiap orang ada kebaikan tersembunyi dalam diri mereka. Ada yang memilih untuk memanfaatkannya dan ada yang masih hilang arah bagaimana untuk menggunakan kebaikan tersebut. Ok, mungkin orang dah mula blur dengan statement ni. Biar saya jelaskan semula;

First, semua manusia di planet bumi memiliki hati dan dimana hati tersebut ada menyimpan sifat ihsan. Cuma yang menjadi persoalannya, bagaimana mereka menggunakan ihsan yang mereka ada?.

Ada yang baik dan sangat pemurah sehingga orang menyifatkannya lurus dan senang tertipu kerana terlalu mudah berasa kesihan dengan orang lain yang sedang meminta pertolongan walaupun hakikatnya dia sedang diperdaya.

Ada yang baik dan suka menolong tetapi agak berjaga2 dengan orang. Tidak mudah percaya pada orang.

Ada yang kepala samseng dan kaki pukul tapi sebenarnya dia adalah seorang yang penyanyang terhadap haiwan.

ihsan atau kebaikan yang ada pada diri setiap orang tu berbeza. Pernah dengar tak tentang kisah seorang pelacur yang masuk syurga kerana telah mengorbankan nyawanya untuk menolong seekor anjing yang kehausan.

We don't know how others' life is. Jadi kalau kita rasa diri tak baik, tak layak berkawan dengan orang baik, rasa down dengan diri sendiri, dan sebagainya. Buangkan rasa itu dan ingatlah masih ada sisi kebaikan dalam diri kita walau sejahat manapun diri kita selama ini.

Semoga bulan ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang menyaksikan satu perubahan. Yakin pada janji Allah, bulan ramadhan adalah bulan keampunan.

Contact Form