CERPEN : Petunjuk Cahaya Syurga



Petunjuk Cahaya Syurga
“Ain...awak dah siap ke belum?”. Diana tidak henti-henti merungut kerana sudah hampir setengah jam dia menunggu Ain untuk bersiap.

“Ye..ye...saya datang ni cik Diana”. Ain tergesa-gesa keluar dari biliknya dan menuju ke pintu.

“Amboi, cik Ain,..lawa sakan awak ni. Kita cuma nak pergi makan tengah hari je ni”. Diana kurang selesa dengan penampilan Ain yang seakan-akan hendak ke majlis kahwin.

“Ala Diana, bukan selalu pun aku macam ni kan...cantik kan, Ain baru beli baju ni. Beli mahal-mahal, sayang pula kalau tak pakai..hehe”

“Ain,kalau kita.......”
“Eh....dah..dah, tadi kata nak cepat sangat.. Ain dah siap ni jom kita bertolak sekarang, perut Ain dah mula bergurindam dah ni”

Belum sempat Diana meneruskan kata-katanya, Ain terus menarik tangan Diana dan mereka menuju ke kereta.

*****************
HoonHoon!! Honn! Hooon!!

“Hah..ni sebab Ain la ni, nampak sekarang..jalan dah jem ni”. Diana membuatkan Ain rasa bersalah.

“Laaa, mana la Ain tahu jalan boleh jadi jem teruk macam ni~ haaaa laparnya perut, make-up pn dah hilang”. Ain terus merungut.

“Hah, masa-masa macam ni pun Ain masih nak pikir pasal make-up?  Ain-Ain~~”. Diana menggelengkan kepalanya.

“Huh~~”. Ain terus terdiam

(Beberapa minit kemudian)

“Lambatnya orang depan ni jalan!! Depan dia dah clear  takde kereta tu, asal dia lambat!”. Ain tiba-tiba  tidak dapat menahan kemarahannya bila perut sudah terlalu lapar.

“Eh, Ain...sabar~sabar~, Diana yang memandu ni pun masih boleh sabar. Mungkin orang depan ni ada masalah. Ingat ye Ain, Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah wasiat padaku."
Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulangi pertanyaannya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "JANGAN MARAH" (Riwayat Bukhari)”. Diana cuba menenangkan Ain.

“Ye~”

Keadaan di dalam kereta menjadi suram seketika.

“Ain kalau dah jem macam ni, kita makan kat kedai yang dekat je la ye?”

“Ye la, mana-mana je..asalkan perut Ain ni berisi”. Ain akur tanpa membantah.

“Ok, kalau macam tu biar Diana belanja untuk hari ni, ok?”. Sekali lagi Diana memberi cadangan dan dia berharap supaya dapat menyejukkan hati sahabatnya itu.

Senyuman mula terukir di wajah Ain..

“Yang ni lagi la Ain setuju”.
Diana memecut laju kereta Pesona yang dipandunya apabila tiba di simpang masuk menuju ke jalan Restoran Hj Rahmat.

*****************

Tepat jam 12 tengah hari, mereka berdua tiba di Restoran Hj Rahmat. Makanan di Restoran itu pun tidak kurang hebatnya. Semua makanan yang disajikan memang membuka selera dan semua makanan yang dijual adalah masakan ala-ala kampung.

Ain dan Diana masuk ke dalam Restoran itu dengan penuh selera lalu mereka duduk di meja yang terletak bersebelahan dengan kolam ikan.
Suasana di dalam Restoran itu memang agak riuh kerana ramai  pelanggan yang datang untuk makan tengah hari bersama keluarga.

Beberapa minit kemudian , seorang pelayan wanita yang berusia awal 30-an sedang menghampiri meja mereka untuk mengambil pesanan. Wanita itu menghulurkan dua buku menu kepada Ain dan Diana.

“Terima kasih”. Diana mencapai buku menu yang diberikan lalu dia mula meneliti isi menu-menu di dalamnya.

“Diana nak makan apa?”. Ain menyapa Diana yang sedang khusyuk meneliti setiap nama makanan di dalam menu tersebut.

“Oh..hmm, Cik.. bagi saya nasi putih, lauknya pucuk paku masak lemak dan sambal tempe ye”. Diana mula membuat pesanan.

“Eh..cepatnya buat pilihan”.

“Biasa la, makanan kegemaran Diana ada kat sini, mana boleh lepaskan..hehe. Ain pula nak makan apa?”

“Hhmm, Cik..saya nak pesan mee soto dan nasi kandar ye”. Ain membuat pesanannya .

“Ya Allah, Ain boleh ke abiskan dua makanan tu?”. Diana terkejut apabila Ain membuat dua pesanan dalam satu masa.

“Boleh la, Ain dah lapar sangat ni..”

“Cik, minum?”. Pelayan itu meminta pesanan untuk minuman.

“Oh ye, saya pesan Jus tembikai”. Ain menjawab spontan.

“Bagi saya, Jus lobak ye”. Diana juga memesan minuman yang biasa dia minum.

“Ok, terima kasih..”.Pelayan itu mengucapkan terima kasih sambil membawa pergi buku menu.

~~~~~~

“Haaaa...sedapnya bau masakan kat sini, makin kuat perut Ain berbunyi”. Ain menarik nafasnya untuk menghidu masakan di restoran itu.

“hehe..Ain~Ain~, macam budak-budak”.  Diana ketawa kecil melihat gelagat Ain.

“Ala bukan selalu...”

~~~~~~~~

(Beberapa minit kemudian)

Makanan mereka  berdua telah siap dan dihidangkan untuk mereka. Wajah Ain seolah-olah bersinar-sinar apabila melihat makanannya tiba di atas meja.
Ain mula menarik pinggan Nasi kandar yang dipesan olehnya. Diana hanya tersenyum melihat tingkah laku Ain yang benar-benar kelihatan lapar.

“Ain makan dulu ye”. Sesudu nasi disuapkan kemulutnya.

“Ain dah baca ‘Bismillah’ ke?”. Diana menegur Ain yang sedang asyik menikmati Nasi kandar.

“Alamak, Ain terlupa la..dah lapar sangat tadi”. Ain menepuk dahinya sambil mengerutkan keningnya.

“Tu la Ain. Makan pun laju sangat...Ain, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah ('Bismillah' ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwalahu wa akhirahu' (Dengan nama Allah yang memulai dan yang mengakhiri)” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan atTirmidzi.)

“'Bismillahi awwalahu wa akhirahu~”. Ain mendengar apa yang dikatakan oleh Diana.

“Lagipun, Membaca Basmalah sebelum makan In sha Allah boleh mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah s.w.t, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu”. Diana menambah lagi sedikit hujah.

“Baik la Cik Diana...In sha Allah , lain kali Ain tak lupa lagi”. Ain tersenyum dan menyambung makannya.

Mereka berdua mula menjamu selera.......

~~~~~~~~

“Haaaaaa...kenyangnya, tak abis la mee soto ni, rasa sayang pula nak tinggal tapi perut dah kenyang ni”. Ain merungut sambil kekenyangan.

“Ain~~Diana dah penat cakap tadi, tapi Ain tetap yakin boleh abiskan dua makanan ni. Lauk Diana ni, walaupun sikit tapi Diana boleh rasa kenyang”. Diana mula membebel.

“Ain memang betul-betul lapar tadi”.

“Membazir  tu kan tak elok....Ain”. Diana terus menasihati sahabatnya yang sememangnya keras kepala.

“Ye..Ain tahu, nanti Ain bungkus la bawa balik..petang ni boleh sambung makan lagi..Diana tu, abiskan makan cepat, kalau makan tak boleh bercakap”. Ain menembak Diana dengan kata-katanya.

“Siapa yang bagitahu Ain kalau makan tak boleh cakap? Kalu Ain nak tahu, ada kala Nabi s.a.w mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (Hadith Riwayat alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi s.a.w sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk-pauk dan minuman (Hadith Riwayat alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yang kaku dan senyap sepi dari perbualan. Tetapi, jangan sampai bercakap itu apabila makanan penuh di dalam mulut”. Diana terus membalas dengan hujahnya.

“Oh macam tu...Ain baru tahu”

“Lepas ni jangan buat tak tahu lak. Kalau semasa makan tu duk sibuk berjoyah pun tak guna jugak, lebih baik duk cerita tentang ilmu, lagi berfaedah”.

“Ok, Ain faham..”.

“Ye, harus diamalkan ilmu tu. Ok, jom kita balik sekarang, kejap lagi nak masuk waktu Zohor”.

Sesudah selesai membayar, Ain membawa bungkusan yang berisi mee soto yang tidak dapat diabiskan olehnya tadi. Mereka terus menuju pulang ke rumah.

*****************

Malam~~~~~ jam 8.30 pm

Ain sedang sibuk menyiapkan tugasan dan pelbagai assignment yang belum disiapkan. Diana pula sedang  asyik menekan-nekan butang alat kawalan jauh untuk mencari siaran.

“Haaah, tak ada cerita yang menarik pun kat TV ni”. Diana meletakkan alat kawalan jauh di atas meja.

“Macam mana nak ada cerita kalau dah tak ada pilihan. Asyik TV 1 dengan TV 2 je. Diana cari siaran tadi macam kita ni ada banyak chanel” . Ain mengusik Diana yang sedang dilanda kebosanan.

“Itu la, Diana nak sambung Astro, Ain pula yang tak nak share  duit”.

“Nak buat macam mana, duit belanja Ain ni cukup-cukup buat makan roti dengan teh O tiap-tiap hari. Kita ni student lagi, nanti-nanti la kalau nak pikir pasal Astro, rumah ni pun boleh buat pening kepala bila Aunt Sofia datang minta duit sewa”. Ain mula mengeluh panjang.

“Wa..kawan kita ni dah pandai bagi nasihat. Alhamdulillah”. Diana tersenyum mendengar kata-kata Ain.

“Eh, tu menyindir ke apa tu?”. Ain mencebikkan mulutnya.

“Tak la, gurau-gurau je..jangan marah erk”.

~~~~~~~

“Huarrrrhh, Diana dah mengantuk la. Nak masuk tidur dulu, nanti Ain jangan lupa kunci pintu ye”. Diana menarik bantal peluknya sambil menuju ke bilik tidurnya.

“Baik la boss!”. Ain ketawa melihat Diana menarik bantal peluk seperti menarik beruang yang tidak bermaya.

Jam menunjukkan tepat pukul 2 pagi. Ain masih tidak berganjak dari tempat duduknya kerana dia perlu menyiapkan segala tugasannya yang msaih banyak yang tertunda.

“Huarrrhhh, mata tolong la jangan tidur dulu..saya masih banyak kerja ni”. Ain membebel sendiri sementara itu Diana sudah terlena dibuai mimpi.

~~~~~

Akhirnya kesunyian malam telah membuatkan Ain terlena di atas meja bersama lambakkan kertas di atasnya.

***************

Keesokkan harinya~~~~~~Jam 7 pagi.

“Ain~~~~~~~ Bangun!! Dah jam berapa ni, nanti kita lambat pergi kuliah”. Awal-awal pagi lagi Diana sudah membebel kuat ke telinga Ain.

Ain terus tersedar dan terkasima seketika, dia melihat laptopnya beberapa saat, kemudian mengalihkan pandangan ke arah kertas-kertas yang bersepah di atas meja. Pandangannya mati apabila dia sedar hari telah menjelang pagi.

“TIDAKKKK!!!”. Assingment Ain belum siap lagi!!”. Ain menjerit secara tiba-tiba.

“Ain, bawa bertenang..nanti Ain minta tangguh la waktu penghantaran”. Diana cuba menenagkan keadaan.

“Mana boleh buat macam tu, harrhh abis la Ain~~~”

“Nanti Diana tolong buatkan, petang ni boleh hantar lagi kan?”. Diana menawarkan bantuan.

Ain hanya mengangguk lemah....

*********************
Beberapa minggu telah berlalu, Ain dan Diana masing-masing semakin sibuk dengan tugasan masing-masing. Suatu hari, Diana telah mendapat panggilan kecemasan daripada keluarganya di kampung. Nenek Diana sedang sakit tenat dan Diana berkeras untuk menagambil cuti dan melawat neneknya.
Diana akan pulang ke kampung dalam masa 2 minggu dan tinggallah Ain sendiri di rumah sewa mereka.

“Ain, Diana balik 23hb ni ye, lebih kurang 2 minggu Diana kat kampung nanti. Kalau Ain nak ajak kawan temankan Ain kat rumah ni pun boleh”.

“Ye la nanti Ain tanya kawan-kawan, Diana hati-hati ye..kirim salam dengan parents  Ain doakan agar nenek Diana cepat sembuh”.

“Ok Ain, jaga diri”. Diana menghidupkan enjin keretanya dan mula bertolak.

~~~~~~~~~~

Ain menghubunggi kawan-kawannya yang mungkin boleh menemaninya di rumah sewa itu.

Akhirnya, teman sekuliah Ain iaitu Azzie dan Damia bersetuju untuk tinggal menemani Ain di rumah sewanya selama 2 minggu.

~~~~~~~~~~~~

“Assalammualaikum Ain~~”. Azzie dan Damia berdiri di depan pintu rumah Ain bersama beg pakaian yang mereka bawa.

“Waalaikummussalam”. Ain membuka pintu dan menjemput mereka masuk.

“Waaa, tak pernah aku datang rumah kau ni Ain. Besar juga”. Azzie memuji sambil melabuhkan punggung di atas sofa.

“Ala, rumanh sewa je kot, duduk la dulu nanti aku buatkan air”.

“Eh, tak payah la..baru lepas minum, nanti kami dahaga kami ambil sendiri. Boleh buat macam rumah sendiri kan? Hehe”. Damia mula mengusik.

“Hehe, boleh tapi kalau buat sepah pandai-pandai la kemas ye”. Ain ketawa kecil.

~~~~~~~~~~~

Telah masuk waktu Asar...

“Eh, korang jom solat jemaah sekali..dah masuk Asar., best ni kalau solat ramai-ramai”. Ain mengajak Azzie dan Damia untuk solat berjemaah.

“Err, Ain...aku cuti la”. Damia menjawab ringkas.

“Aku tak bawa telekung, takpe la kau solat la dulu”. Azzie memberikan alasannya.

“Takpe, aku ada telekung lebih ni”. Ain masih terus mempelawa rakannya.

“Ain, aku nak keluar jap la...tadi aku lupa nak beli barang”. Azzie mencapai kunci motornya dan keluar untuk ke kedai.

“Aku nak ikut wei~”. Damia menjerit ke arah Azzie yang sedang berdiri di luar.

“Ah, tak yah la...kejap je ni”. Azzie terus menghidupkan enjin motornya dan memacu laju motornya.

Ain yang sejak dari tadi berdiri di situ tetap tidak diendahkan. Kata-kata dan ajakkannya juga tidak dipedulikan. Ain terus menuju ke bilik untuk menunaikan solat.

~~~~~~~~~

Selesai solat, Ain keluar dari biliknya dan dia melihat di sekeliling. Bayang Azzie masih belum kelihatan. Hanya Damia yang setia berada di hadapan ruang tamu.

“Damia, Azzie belum balik lagi ke?”. Ain memulakan bicara.

“Ha’a..belum balik. Tak tahu la da sampai mana budak tu”. Damia menjawab tanpa memandang ke arah Ain.

“Hmm, Damia aku nak tanya ni..kenapa Azzie tu pelik je bila aku ajak dia solat tadi?”. Ain membuka persoalan yang terbuku dihatinya.

Damia beralih pandangan ke mata Ain. Wajah Damia berubah menjadi kesal.

“Ain, kalau aku cerita kau jangan cakap dengan Azzie ye”.

“Apa dia? Aku tak akan cerita kat sesiapa”. Ain mendengar dengan tekun.

“Sebenarnya aku dengan Azzie dah lama tinggal solat, tak ada siapa yang nak bimbing kami. Dulu aku memang tak pernah diajar solat, bila aku jumpa Azzie aku ingat dia boleh bantu aku tapi dia pun sama macam aku”. Damia bercerita dengan penuh sayu.

“Astaghfirullah al adzim~~, betul ke ni Damia? Ya Allah, kenapa aku tak tahu tentang kawan aku sendiri. Kita kan dah dua tahun kenal, kenapa kau tak tanya kat aku?”.

“Aku dah lupa semua bila aku rapat dengan Azzie, aku rasa enjoy je hidup dalam dunia ni”.

“Damia..., macam mana kamu nak berjaya di dunia dan di akhirat kalau kamu lupa kat Allah. Kamu patut bersyukur sebab dilahirkan dalam islam. Lahir dalam agama yang benar. Hmm..macam ni la aku boleh tolong korang berdua, jangan la malu..kita tak patut malu kalau kita nak mempelajari agama sendiri”.

“Terima kasih Ain, tapi...jangan cakap dengan Azzie ye apa yang aku beritahu ni”.

“Baik la, tapi nak tak nak aku mesti bimbing kamu”. Ain cuba menenangkan Damia yang mula mengalirkan air mata.

~~~~~~~~~~~

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi motor Azzie yang baru sampai di halaman rumah.

Azzie masuk ke dalam rumah dengan membawa banyak keropok dan makanan untuk dimakan.

“Wah..Azzie, borong kedai nampak..hehe”. Ain menegur Azzie seperti biasa seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

“Haha,..biasa la ada duit lebih”.
Azzie meletakkan semua makanan di atas meja dan mereka makan beramai-ramai.

~~~~~~~~~~~

Maghrib pun menjelang tiba.....
Seperti biasa selepas selesai solat Maghrib, Ain akan mencapai Al-Quran dan dia akan mula mengaji.

Sedang khusyuk mengaji, tiba-tiba pintu biliknya diketuk..
Azzie membuka pintu bilik Ain.

“Ain, boleh tak slow down sikit suara.. aku nak study la. Ok”. Azzie meminta Ain memperlahankan suaranya. Ain hanya mengangguk faham.

~~~~~~~~~~~~
Setelah selesai mengaji, Ain keluar dari biliknya dan duduk bersama Azzie dan Damia di ruang tamu sambil menonton TV.

“Ain, Assignment kau da siap ke belum?”. Azzie tiba-tiba bersuara.

“Alhamdulillah, semua dah siap”. Ain menjawab ringkas.

“Waaahh, nak tiru boleh? hehe”. Usik Azzie.

“Eh , mana boleh tiru-tiru, kana usaha sendiri la”. Dahi Ain mula dikerutkan.

“Aku gurau je la. Aku dah suruh budak nerd tu siapkan semua assignment aku”. Azzie mengeluarkan kata-katanya dengan selamba.

“Azzie~~Azzie~~ kejam la kau ni”.

“Haha, macam la kau baru kenal aku. Eh, Damia...asal kau diam je ni, baru putus cinta ke?”. Azzie menepuk peha Damia yang sedari tadi senyap membisu.

“Tak ada la...”. jawapan pendek yang mampu dikeluarkan oleh Damia.

Ain seolah-olah dapat mengetahui  bahawa Damia sedang merasakan penyesalan atas dosa yang dilakukan. Ain juga turut merasa sedih bila mengenangkan nasib remaja-remaja islam  lain yang semakin leka dengan dunia sehingga berpaling dari jalan kebenaran.

“Ain!!!!”.

Jeritan Azzie membuatkan Ain tersedar dari khayalan.

“Haihhh, asal la dua orang kawan aku ni tak ada hobi lain selain termenung. Ish, mari la aku hiburkan korang”.


Azzie masuk ke dalam bilik dan membawa satu bungkusan plastik berwarna hitam.

“Hahh, aku pasti ni mesti first time Ain rasa air ni, Damia gan aku memang dah lama fans dengan air ni..haha”. Azzie menghulurkan satu tin minuman kepada Ain.

“Ya Allah, Azzie,..ini kan arak, kenapa kau minum ni. Benda ni kan haram. Istighfar Azzie..”.  Ain berasa sangat kesal dengan tindakan Azzie.

Damia hanya tunduk mendiamkan diri.

“Ain~Ain~..kau ni kuno la, benda ni semua orang dah minum. Kau rajin-rajin la tengok dunia luar, sekarang semua makin maju la Ain. Kau tengok kat night club  tu, berlambak orang islam. Semua layan je minuman ni”. Azzie masih berkeras dengan pendiriannya.

“Azzie, dah la tu. Kau simpan je la air ni. Ain tak boleh minum aku pun dah tak nak minum air ni”. Damia tiba-tiba bersuara membantah Azzie.

“Eh...korang ni dah kenapa ha, kampung betul la. Seteguk je pun apa masalahnya”. Azzie masih tidak sedar lagi akan kebenaran.

“Azzie.....Rasulullah s.a.w. telah menerangkan bahawa tiap minuman yang memabukkan itu haram, dimasak atau tidak dimasak. Sebagaimana riwayat Jabir r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: Semua yang memabukkan jika diminum banyak, maka sedikit juga haram. Sedar la Azzie, aku tak sangka kau boleh jadi macam ni, selama ni kita belajar pendidikan islam dari sekolah rendah lagi, jangan kata kau tak belajar semua tu kalau kau dah boleh lepas sampai universiti”. Ain mengemukakan hadis yang boleh memberi keinsafan kepada Azzie.

“Hey, apa ni..sekarang dah jadi musyuarat agama pulak kat sini. Aku kawan ngan korang pun sebab aku ingat korang ni open minded tak sibuk sangat dengan hidup aku. Aku bla la macam ni”.
Azzie bangun dari tempat duduknya dan mengemas semua pakaiannya.

“Azzie...kau nak ke mana malam-malam macam ni?”. Ain cuba menahan Azzie.

“Aku nak hidup cara aku”. Azzie mengambil kunci motornya dan keluar dari rumah sambil meneguk satu tin minuman keras yang dibelinya itu.
Ain dan Damia hanya berdiam dan sayu melihat kelakuan Azzie.

“Ain, aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Bila dengar apa yang kau cakap tadi, aku jadi takut. Dulu Azzie selalu ajak aku minum air arak tu. Sekarang aku da menyesal sangat. Kau tolong la aku Ain”.

“Damia, pertolongan ada dimana-mana..aku sentiasa terbuka untuk membantu. Nanti aku ajar kau buat solat taubat. Kau mohon la ampun pada Allah dan insaf lah dengan semua perkara yang telah kau lakukan. Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Seorang Muslim yang menyedari kesilapan diri perlu segera memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan tidak menangguh taubat mereka. Kehidupan di dunia ini hanya menawarkan kenikmatan kepada manusia yang menyebabkan mereka sentiasa tidak puas dengannya. Allah berfirman yang bermaksud: Dia yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kejahatan mereka...(Surah Asy-Syura ayat 25)”.

“Terima kasih Ain..”

~~~~~~~~~~~~

Pada malam itu,
Ain berasa tidak sedap hati dan risau dengan keadaan Azzie. Ain cuba menghubungi Azzie beberapa kali namun panggilannya masih tidak dijawab.
Beberapa minit kemudian, sebelum Ain melelapkan mata. Dia telah dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya. Ain melihat pada screen  telefonnya. Terpapar satu nombor yang tidak dikenali. Ain menjawab setelah lama ia berdering.

“Assalammualaikum”. Suara seorang wanita memberi salam.

“Waalaikummussalam..cik ni siapa?”. Ain perlahan-lahan mengatur ayat.

“Saya Insp.Sherin. adik ni kawan kepada Nur Azzierah?”.

“Ya saya, kenapa cik?”.

“Rakan adik telah terlibat dalam satu kemalangan. Kami telah cuba menghubungi keluarga mangsa tapi tidak dapat”.

“Apa?? Betul ke ni Cik...baik la, nanti saya akan beritahu keluarganya. Boleh saya tahu, dimana kawan saya sekarang?”.

“Dia sekarang sedang dikejarkan ke hospital dan masih tidak sedarkan diri. Hmm, nanti kalau ada apa-apa berita saya akan hubungi kembali”

“Baik lah, terima kasih Cik”

~~~~~~~~~~~~~~
Keesokan paginya,,,
Ain telah memberitahu keluarga Azzie tentang kemalangan itu. Ain diberitahu lagi bahawa Azzie masih berada dalam keadaan koma. Ain membawa Damia melawat Azzie di hospital.
~~~~~~~~~~~~~~~

2 minggu telah berlalu. Diana telah pulang kembali ke kota. Damia masih tinggal bersama Ain dan dia memutuskan untuk terus tinggal bersama mereka.
Kini Damia telah banyak berubah. Daripada memakai tudung singkat, dia sudah memakai tudung labuh. Daripada memakai T-shirt berlengan pendek, dia sudah memakai baju yang lebih menutup aurat, sempurna menutupi tubuh. Daripada berseluar ketat, dia sudah memakai kain dan seluar yang longgar. Daripada tidak berstokin, dia sudah berstokin. Perubahan yang sangat ketara berlaku kepada Damia dan dia sangat berterima kasih kepada Ain yang banyak membantu dan membimbingnya. Tambahan lagi Diana juga banyak memberi nasihat yang sangat membina.

Kini Ain juga sedar bahawa bertapa sedihnya hati seseorang pendakwah apabila dakwah yang disampaikannya dihina dan diabaikan. Ain juga bersyukur kerana dia masih mampu dan belum terlambat untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Azzie? Dia telah meninggal dunia selepas koma selama 3 hari. Lihatlah keadaannya sebelum mati. Belum sempat memperbaiki diri. Peluang yang diberikan telah disia-siakan.

Damia, Ain dan Diana menjadi sahabat fisabilillah dan Ukhwah mereka adalah kerana Allah semata-mata demi menuju taman firdausi.

-TAMAT-

Pengajaran

Huduplah dalam keadaan zuhud : Rasulullah SAW  bersabda , “Zuhudlah engkau pada dunia, pasti Allah mencintaimu dan zuhudlah engkau pada apa yang dicintai manusia, pasti manusia mencintaimu”.

Jangan marah : Sebuah hadis Rasulullah SAW “Sesiapa yang menahan marah, padahal dia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk dan disuruhnya memilih bidadari yang dia ingini.” (HR. Abu Dawud – At-Tirmidzi)

-  Mulakan dengan “Bismillah” : Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku:  "Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu." (Muttafaq 'alaih)

- Jangan membazir : “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).

Jangan tinggal solat dan jauh dari jalan Allah SWT : Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani

Jauhi Arak : Firman Allah SWT yang bermaksud , "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

-  Menutup aurat : "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

"Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
---------------
“Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya.” (Hadis Riwayat Tarmizi)


Contact Form