I'm mumbling to myself



I’ve no specific reason to write this entry. Just want to open my eyes and accept what mistake I’ve done. 

First, apa makna persahabatan yang anda fikir? Pada pendapat anda, apakah makna persahabatan? (awat bunyi dah macam soalan esei 10 markah haha) ^.^’

Lets talk in bahasa yang santai. Jangan marah, kita bincang.
Ramai yang berimpian dan bercita-cita tinggi dengan ‘friendship goals’ mereka.

+ Travel sesameeee, makan minum sesameeee, kebulur sesameee, susah senang sesameeee, makan krepek pisang celah meja sesameee, everything they do it togetherrrrrr (sesameeeeeeeeeeee)

But, kadang benda macam ni tak valid dah kalau tak ada kesefahaman dan wujudnya keegoaan dalam diri masing-masing. Here is the point.

I’ve story, dulu-dulu aku ada kawan. (Not ‘dulu’ sangat la)
She was very close to me, sometime I thought I can do whatever for her. Do whatever she asked, ajak keluar malam-malam cari makan pun I can say “yes” to her even I’m super duper power rangers tired that time. Gigih turun teman dia. It isn’t kind of mengungkit kisah lama tapi nak bagitahu, it is what I suppose to do as a friend kan, put her situation in my shoes and feels her needs.

But the sadness things is, we’re finally in broken friendship. Maybe orang tak tahu effort aku nak save benda yang dah retak tu macam mana. I’m not going to blame her only. Senang cerita, I’ve ego and she have ego. Each other can’t understand each other. The moment I’ve problem yang besar gedabak atas kepala, yang aku tak boleh nak share dengan sesiapa, tapi pada masa yang sama juga I’ve to understand someone’s situation. Maka, di sinilah puncanya, kerana gagal memahami kesusahan yang dia hadapi di saat aku juga ditimpa kesusahan adalah faktor penceraian kami...eh bukan, pergolakan antara kami. Dia yang ingin difahami tetapi tidak menceritakan apa keperluannya lalu dia terasa hati kerana aku tak care. Aku pula terbawa pergi dengan masalah sendiri sehingga kurang perhatian dan tiada common sense untuk bertanya. Dan sampai sekarang aku sendiri tak habis fikir apakah kesudahan yang sebenar untuk kisah ini.

Orang kata, seribu kebaikan yang kita buat boleh terhapus dengan satu kesalahan (di mata manusia). Disebabkan hati aku pun dah tawar, I give up dengan usaha untuk memperbaiki hubungan bila semua usaha tidak berhasil. Then, I come out with my egoism. Jadi jangan bertanya bila aku mula ignore orang sebab hati sudah tawar setawar-tawarnya.

Even she can list down semua kesalahan aku pada dia, aku tak sampai hati nak list semua kesalahan dia sebab aku tahu akan jadi gaduh yang lagi besar. Walaupun banyak benda yang aku kecil hati dengan dia tapi sebab aku tak nak gaduh dengan kawan, aku telan semua. For me, biar la benda ni setel dengan elok dan dengan penuh kemaafan. Forgive and forget. Gaduh-gaduh adalah permainan budak-budak. Until now, I’m still waiting her to reply my message by saying; “yes, I forgive you”. Itulah ego aku yang aku dah turunkan serendahnya walaupun aku minta maaf tu pun melalui text message. Tapi aku still cuba. Orang ramai nasihat aku, jumpa la dia minta maaf depan-depan, peluk dia. Tapi ‘BILA’ adalah persoalannya.

Aku susah nak pujuk diri sendiri walaupun aku tahu apa yang terbaik.
Bila ingat balik apa yang Rasulullah hadapi sepanjang menyampaikan dakwah, hati baginda penuh dengan rasa kemaafan. Bertapa teruknya orang tu hina baginda, baginda tetap berbuat baik pada orang tu. (Kisah baginda Rasulullah menyuapkan makanan kepada pengemis yahudi buta yang selalu mencercanya).

Tapi untuk dia, segala kesahannya aku dah maafkan. Hari demi hari terfikir, macam mana semua ni akan berakhir bila dia dah cuba menjauh. Allahu, aku tak tahu sejauh mana kebencian dia pada aku sampai terus memutuskan hubungan komunikasi dan tak sanggup tunggu saatnya hati aku rasa untuk mengalah macam ni. (macam ayat novel dah kenapa?) #tengah_penuh_perasaan_ni.

Okay dah la, kita kembali kepada tajuk. Nak cerita kisah aku memang tak tahu bila nak habis sebab aku rasa benda ni belum habis dan aku pun belum habis fikir.

Tajuk tentang definisi persahabatan. So, dengan pengalaman aku, apa aku dapat simpulkan ialah, kesefahaman tu paling sangat-sangat teramat-amat penting even dalam any relationship sekalipun. Dalam rumah tangga, atau hubungan adik-beradik, you have to understand each other dan duduk depan-depan bawa bincang. Don’t jump into conclusion dan jangan mengharap orang untuk faham kita without telling any words. Benda ni semua aku dah rasa. Bertapa sakitnya sebuah pengharapan (perhh ayat aku).

Tapi, ada juga certain orang yang mempunyai common sense yang tinggi seakan dapat membaca fikiran kita tanpa kita beritahu apa masalah kita. Simpan orang macam ni, memang susah nak cari.

Ada juga jenis kawan yang bila susah baru nak cari kita. Haa yang ni sila pupus.
Selalu kita nampak orang buat quote yang indah-indah tentang persahabatan. Contohnya;


“Kawan adalah seseorang yang boleh memahami kita dalam diam”

“Kawan adalah seseorang yang ada saat kita susah dan senang”

“Kawan adalah seseorang yang sentiasa ada masa untuk kita”

Jangan terlalu terpengaruh dengan ayat-ayat macam ni sampai kita tidak dapat menerima kenyataan kalau kawan kita tidak seperti itu. Fitrahnya memang kita inginkan keindahan tersebut tetapi realitinya agak susah. Jadi janganlah kita meletakkan harapan yang tinggi dalam sesebuah persahabatan sebab nanti bila kecewa, sakitnya yang amat. Dan berbaliklah kepada ‘kesefahaman’ supaya isu-isu terasa hati tidak berlaku. (tak tahu la benda ni sampai ke tak kat korang, aku bedal cakap je apa otak aku cakap) ‘-_-

Tapiiii, aku respect pendapat orang pasal persahabatan. Semua ada pendapat yang berbeza. Macam pendapat dari dua ketul adik aku ni bila aku tanya diorang.


“Maksud persahabatan bagi aku ialah sahabat itu umpama tangan yang membantu diri aku untuk terus bangkit walaupun sering jatuh beberapa kali...dan bagi aku sahabat yang baik dan soleh ialah sahabat yang mengajak kita untuk mengenal tikar sejadah.” – Luqman Zolkibli–

#Aku ingat budak ni nak bagi jawapan poyo tapi mashallah, sungguh mendalam kata-katanya.


“Sahabat adalah peneman (tapi belum tentu ada semasa susah atau senang. Kadang kita tengah susah dia pulak tengah cirit kat tandas). Kawan pula bukan bererti sahabat. Kawan hanyalah kenalan yang kita kenal tidak kira lama atau baru kenal. Kawan juga boleh jadi siput, anjing, ba**, atau setan. Sebagai kawan, kita perlu membawa mereka lari daripada tergolong dalam kumpulan itu. Barulah anda boleh diiktiraf sebagai sahabat susah senang sama-sama di dunia dan ingin bersama senang di akhirat” – Daya Zolkibli –

#Hahaha...boleh tahan padu.

Bagi aku pula, kawan ni memang yang ada saat kita susah dan senang. Tapi, mereka tidak akan hadir seperti malaikat atau ibu peri dan bukanlah ahli sihir yang mampu membaca hati dan fikiran orang lain dengan bebola Kristal ajaib. Kalau kita betul-betul memerlukan bantuan, beritahu pada sahabat kita dan jangan diam then terasa hati sebab tak semua manusia ada common sense. Ada masanya, kita perlu faham situasi sahabat kita. Kesusahan hidup dia, keadaan kewangan dia, keadaan keluarga dia macam mana dan sebagainya. Then, harus saling menegur dengan cara yang berhemah. Kena ingat! manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, selagi kita rasa takut untuk menegur silap kawan kita, kita belum layak menjadi kawan (pentingkan diri sebab nak masuk syurga sorang-sorang). Lastly, kawan yang terbaik adalah yang boleh terima kelemahan dan kelebihan kita and very supportive. DONE!
Aku nak nasihat diri aku dari apa yang berlaku.

+ Jaga setiap apa yang kita cakap. Mungkin bagi kita benda tu normal, but it means differently for others. (pentafsiran yang berbeza)

+ Tengok diri kita dulu sebelum menunding jari keatas kesalahan-kesalahan orang lain.

+ Jangan ego tinggi sangat wahai nurliyana zolkibli...... mengalahlah sebelum terlambat. One day...okay...one day...when tomorrow comes. (I’ve my ego but I care when I know, don’t stay silent!!)

Kbai...

Contact Form