Happy Junday

12:44 PM


Assalammualaikum......

I've no idea about the title.... cuma nak cakap sekarang dah bulan jun
And the picture -_-' I don't know...

I just want to point on the background...
what? betul la....
Ok, forget...

Ramadhan tiba....Ramadhan tiba....

Lagu ini dah mula berkumandang bukan sahaja di corong-corong radio.... malah juga di mulut-mulut manusia......

Semangat nak puasa tapi otak duk fikir tema baju raya....amende...
Hah dua kali lima sepuluh dengan aku yang sedang nak mintak kena duku kepala bagi sedar.
Memang tak tipu kalau aku ada sesaat dua...eh seminit dua.....ok fine, sejam dua aku terfikir tema baju raya apa tahun ni. Tanpa sedar dan tak fikir hayat kita takat mana.

Memandangkan....melihatkan....menampakan dan merenungkan...hari isnin ni dah mula bulan ramadhan, InsyaAllah...
Maka di kesempatan ini aku nak menyempatkan diri untuk memohon maaf pada semua manusia di pelusuk dunia tidak kira yang di celah meja mahupun di celah almari...sama sekali tidak terkecuali.

Maaf atas segala salah dan silap yang pernah dilakukan sepanjang hayat kita saling mengenali.
Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah s.w.t.....
Berlumba-lumba lah dalam melakukan ibadah, berhenti lah berlumba di atas jalan raya.....

Pesanan ikhlas kasih dan sayang....
Kena ingat  juga, hidup kita tak lama, mungkin ada yang tak sempat bertemu ramadhan dan mungkin juga tidak sempat menemui syawal atauuuuu mungkin tidak sempat menemui hari esok.
Allah :'(
Sentiasalah kita muhasabah diri setiap hari....
Nilai hati kita,
Jauhi sifat Riak, Sombong, Dengki, Kianat etc.
Setiap apa yang kita buat, akan Allah persoalkan tujuan dan niat sebenar kita.

Selamat berpuasa......saudara-saudara islam ku, semoga Allah merahmati kalian.
^_^

Thanks For Yor Comment

0 comments

Contact Form