TERSIA

12:22 PM

|| Assalammualaikum ||

Tak tahu la penyakit apa, tapi bila mata dah ngantuk giler yang tahap gaban punya ngantuk,
sampai rasa nak bukak mata pun tak larat.
Tapi, pada masa tu jugak otak tak berhenti berfikir. Fikir mak ayah, kadang sampai ke nenek, atuk, sedara, sepupu, sepapat, jiran, nenek punya jiran, anak jiran, jiran punya kawan, kawan punya kawan, semua boleh masuk dalam fikiran.

hah...
sekadar metafora bahawa aku nak gambarkan, otak aku ni boleh fikir semua masalah dan kerisauan bila dah terlebih minum kopi atau caffeine...
Memang sengsara jugak la, bila we're trying so hard to sleep, tapi every kind of problems and worries are seems like arranged in front us.

Bila fikir balik,
kenapa banyak-banyak kerisauan, hal-hal dunia yang banyak merisaukan.
//kenapa subjek ni susah? macam mana nak survive bila dah grad nanti? how this.... how that?//

Kan lebih baik aku risaukan hal-hal akhirat.....
//ajal aku bila-bila masa....amal aku macam mana? ibadah aku cukup ke? macam mana hari aku dihisab nanti?//
"Sekadar mana engkau bersedih tentang dunia maka sekadar itu jualah akan terkeluar rasa pentingkan akhirat daripada hatimu. Sekadar mana kesedihan engkau terhadap akhirat maka sekadar itu jugalah akan keluar rasa pentingkan dunia daripada hatimu." [Wasiat Malik Bin Dinar]
Sebenarnya,
Bukan masalah kesukaran tidur yang aku nak cerita.
Tapi,tajuk tersia itu dimaksudkan dengan hidup kita...

Beberapa hari lepas, aku join satu usrah mega anjuran sebuah kelab.
Usrah ini membincangkan tentang umur atau usia. 'peluang atau ancaman'

usia kita boleh jadi peluang pada kita bila dalam usia yang Allah bagi, kita perbanyakkan amal ibadah dan beramal sebelum ajal.

usia kita juga boleh jadi ancaman pada kita bila sepanjang usia kita, kita lalai dan leka dari mengingati Allah, ingkar perintahNya, dan melakukan perkara yang sia-sia.

Jadi, pilihan terletak pada kita sama ada nak terima peluang atau nak sentiasa hidup dalam ancaman.

Kadang kita senang je cakap, nak buatnya tu susah....manusia....biasa la

Cuma, masa ni la kena sedar....nak tunggu umur dah senja baru sedar?
siapa yang yakin 100% dia akan mati umur 40 tahun ke atas? cuba angkat tangan....^_^

Hidup, jangan sombong dengan Tuhan.....
mungkin esok, mungkin lusa, mungkin minggu depan, atau bulan depan, atau boleh jadi tahun depan.....
semua rahsia Allah....kita tak akan tahu.

kenapa, bila lecture/cikgu yang bagi tugas, siapkan dan hantar bila due date...
kita struggle buat, sampai tak cukup tidur....

Tapi, bila Allah perintahkan kita untuk melakukan amal kebaikan, bahkan telah berfirman...

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan" [Surat Al Ankabut Ayat 57]

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." [Surat Ali 'Imran Ayat 185]
Namun, peringatan tentang kematian daripada Allah,
ramai lagi yang masih sia-siakan...

Bila kita tak hantar assignment atau kerja sekolah on time, mesti cikgu akan marah....
mesti rasa takut tu ada...
Tapi bila kita tak ikut apa yang Allah perintahkan walaupun Allah tak bagitahu bila saat kematian kita, dan saat dunia ini dihancurkan....kenapa tak fikir kemurkaan Allah? kenapa masih ada yang tak endah? kenapa tak ada rasa takut?

Allah juga berfirman
"Kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan"

Sepanjang hidup kita, penuh dengan permainan....maka usia kita tersia.
Sepanjang hidup kita, kurangnya kita beribadah....maka usia kita tersia.
Sepanjang hidup kita, penuh dengan angan-angan.... maka usia kita tersia.
segalanya tersia....

Kesimpulannya,
perbanyakkan berfikir soal akhirat agar kita tidak terpedaya dengan permainan dan tipu daya dunia.
walaupun kita kena ingat, dunia juga kita tidak boleh tinggalkan sepenuhnya. Perlu seimbang menguruskan hal-hal dunia dan akhirat. Urus dunia untuk akhirat; maksudnya, setiap apa yang kita kerjakan dalam dunia ini adalah untuk mendapatkan ganjaran di akhirat kelak.

Thanks For Yor Comment

0 comments

Contact Form