Kita bukan pemula mahupun pengakhir, tetapi kita adalah penyambung.

10:04 AM


Assalammualaikum,

Hari jumaat yang barakah.
Dilimpahi rahmat. Hari ini juga kita telah kehilangan seorang permata ummah, TG Dato' Dr. Haron Din. Al-fatihah...

Kehilangan demi kehilangan kita telah rasakan sekarang di saat dunia semakin tenat. Siapakah lagi penyambung para ulama? Siapa lagi? Justeru, kitalah anak muda yang harus belajar.

Ini juga satu peringatan buat kita bahawa tidak ada masa lagi untuk kita bermain-main dengan dunia. Sampai bila kita nak sibuk dengan perkara dunia yang tidak mendatangkan faedah?

Ambilah sedikit masa untuk kita berfikir. Mungkin kita akan kata. 'Nanti'.....'tak apa'....dan banyak alasan lagi.
Mungkin ada juga yang merasakan bahawa tugas sebagai da'ie bukanlah tugas mereka sehingga ada yang mengatakan "aku bukan da'ie". Mereka telah berstereotaip bahawa, yang da'ie adalah mereka yang ber title ustaz, ustazah, yang bertudung labuh, yang bersongkok kopiah dan sebagainya. Walupun kita tidak ada daya keupayaan untuk berdakwah tapi berakhlak baiklah kerana itu juga sebahagian dari dakwah.

Jangan kita biasakan diri kita mengatakan...'bosan' bila seharian tidak ada aktiviti untuk dilakukan.
Tidak ada sedikit masa untuk kita berasa bosan apabila kita memikirkan tentang keadaan ummah.
Janganlah kita sibuk mencemburui kehidupan orang lain yang memiliki kesenangan hidup dunia.
Cemburulah dengan mereka yang berilmu, mempunyai akhlak yang tinggi, yang kuat hatinya, yang teguh imannya, yang hebat hafalannya. Cemburulah dan berusaha untuk menjadi seperti mereka.

Tidak juga kita merasa rugi apabila kita berkorban untuk membantu agama Allah. Tidak  menjadi baik seperti alim ulama pun cubalah untuk menjadi yang lebih baik dari diri kita sebelumnya. Jika kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita.

Intansurullah, yansurukum

Thanks For Yor Comment

0 comments

Contact Form