Moral of the story

//Assalammualaikum//

Pengajaran dalam hidup kita datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Ada yang datang dari diri kita sendiri, ada dari orang di sekeliling kita dan mungkin dari orang-orang yang kita sayangi. Kebiasaannya, kesalahan adalah sebuah pengajaran terbesar dalam hidup. Umpama ungkapan yang sering kita dengar; “Semua manusia tidak sempurna, mereka sering melakukan kesilapan” dan “Your best teacher is your last mistake”. Cuma manusia akan jadi berbeza apabila mereka benar-benar menerima kesilapan itu sebagai pengajaran agar tidak berulang lagi.

Pernah tak berada dalam satu fasa yang kita rasa itu adalah fasa dimana kita menemui diri kita yang sebenar. Tapi sebenarnya dalam fasa itu juga kita telah kehilangan diri kita. Kesalahan masa lalu bukanlah untuk dikenang tetapi untuk kita mengambil pelajaran darinya, setelah itu hapuskan terus dari ingatan agar diri kita tidak sering menyalahkan diri sendiri. Begitulah bila kesalahan datangnya dari diri kita, perkara pertama yang harus kita lakukan adalah memaafkan diri sendiri.

Biasa kita dengar; “Setiap orang yang hadir dalam hidup kita bersebab, samaada untuk mengubah hidup kita atau memberi pengajaran buat kita”. Merekalah orang-orang yang ada di di sekeliling kita, orang awam misalnya. Segala kesalahan yang mereka buat memberi didikan pada kita terutama mendidik sifat sabar dalam diri kita. Pelajaran hidup yang terbaik adalah, belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain. Begitu juga dengan orang-orang yang kita sayangi seperti ibu dan ayah kita, pasangan hidup kita, dan mungkin sahabat-sahabat kita. Kunci utamanya adalah dengan memaafkan kesalahan mereka dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku antara kita dan mereka.

Some mistakes get made

That's alright, that's okay

You can think that you're in love

When you're really just in pain

Some mistakes get made

That's alright, that's okay

In the end it's better for me

That's the moral of the story babe


Time to wake up


|| Assalammualaikum ||

Sebagai permulaan, entri harini adalah untuk membebel.
After a long break, now I'm comeback.
What I do during the hiatus?
There is a good news and a sad story happened to me.

The good news: I planned how to consistently focus on writing and I was delete my Facebook account and Twitter. For this, I have to reward my dear self.

Sad Story: Sebelum I decided untuk kembali blogging. Suatu malam tu saya terfikir, ada baiknya kalau saya baca balik semua post yang pernah ditulis over the years start from the first time I start blogging in 2012. Saya mesti padam mana yang tak berfaedah. Then, bermula la malam yang dipanggil 'malam bergadang'. Sehari semalam duk baca semua entri (lebih kurang 110 entri). 

Firstly, I revert all entries in draft. After I read all of it, then I deleted all stupid content. Apa yang berlaku adalah; I forgot to publish back the chosen entries. And boooshhhssss I lose it and I see just 17 out of 110 entries left.

Maybe people assume that I was take a break for 2 years sebab the last entry was written in 2018. Kehilangan 2 tahun punya entri. First tu dah redha tapi beberapa minit kemudian datang kegigihan untuk dapatkan balik entri dengan menggunakan cache. Dapat la dalam beberapa entri yang selamat.

Actually, behind of every action I did. I was thought about this word:
Setiap apa yang kita tulis, cakap dan buat, semua akan dihisab di akhirat nanti
Then, bila da baca balik post-post sebelum ni. Boleh dikatakan beremosi and more about myself dan sekali lagi buat aku terfikirkan ayat:
Allah akan menguji kita dengan setiap apa yang kita kata.


 مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Qaaf 50:18)

So, lepas ni belajar la untuk menyampaikan sesuatu dengan penuh berhemah dan bermanfaat.

Kesimpulannya, mungkin kehilangan beberapa entri tu pun ada hikmahnya. Mungkin ada yang pernah tertulis tu menjadi persoalan berat untuk aku diakhirat nanti.He knows better.

Mari mulakan 2020 ini dengan semangat!!
(ayat ni macam baru nak start tahun baru :D)

August story


Assalammualaikum buat penduduk bumi yang tidak mengenali diri ini.
long time no see, :D

Salam ogos, selamat melangkah ke bulan baru walaupun sudah beberapa hari berlalu dan selamat menyambut bulan kemerdekaan. Usia makin ke hadapan,jadi  minda pun harus ke hadapan.

I think, I want to share something and I’ve to advise myself to not put worriedness on it. So, this entry has no important point to highlight la because it just kind of sharing about me and I’ll use informal words. Next entry I’ll using ‘saya’ again. heh

Firstly, I want to talk about hurting others. I thought, even how hard you try to take care of other’s heart, hanya dengan salah faham, kau akhirnya akan dilihat menyakiti even benda tu just salah faham.

In reality, it was happened to me when I lose my friend. It is one of love story that I want to talk about. In term of friendship. Bagi aku persahabatan tu adalah salah satu cinta dan aku sangat-sangat-sangat-sangat sensitif dengan perkataan kawan. Sometimes, I can cry when people talk about ‘a good friend’ sebab ia akan mengingatkan aku tentang banyak perkara. Percaya atau tidak, anda harus percaya sebab ini adalah kenyataan. Aku cakap ini adalah salah satu kisah cinta aku, bukan bermakna aku ni suka golongan sejenis, nauzubillah. xD

Cerita bermula, when  I meet someone yang sudah banyak merubah hidup aku dan bawa aku ke satu dunia yang aku tak pernah terfikir aku akan ikut dia terus berjuang mempertahankan apa yang perlu kami perjuangkan. And yes, I fall in love to be her friend forever, walaupun kadang aku mengeluh dari segi masa untuk diluangkan, tapi sesibuk manapun aku...I still curi masa untuk diluangkan.
In situation you can imagine, when your friend felt tired and stop by at your room till she was slept on your bed that night....but you just let her sleep until tomorrow while you still feels better to sleep sitting on chair with head on the table outside the room.
Sebab seumpama itu sahaja cinta yang aku mampu berikan buat sahabat2 aku, kalau dari segi kewangan jujur aku tak mampu.

Namun kisah cinta ini tergantung sepi tanpa pengakhirannya. I admit that I avoid her because of her perception on me make me felt that I was failed to be a good friend. Let her keeps living in my doa and I’ll be her secret friend forever, no matter what.

Then, we go to the next love story.

First of all, congrats to all my friends yang sudah mengakhiri zaman bujang mereka. Weeee dan aku just tolong buatkan kad kahwin orang saja la.


So the thing that I want to advise myself is, do not ever gives hope to people, it’s probably hurt them when you can’t fulfill it. GIVING HOPES TO SOMEONE BUT YOU CANNOT FULFILL THE HOPE, IS MUCH MORE HURT THEM THAN YOU SAY NO FROM THE BEGINNING. So, be honest with your heart. For those yang aku ignore and avoid, it doesn't mean to hate you. My heart has the limited zone. If you know, what ikhtilat is,...it is the point sebenarnya the reason why it’s hard for me to open my heart for those who can’t care this thing. Tapi tak la nak kata mereka tak jaga ikhtilat, ada sebab2 lainnya. Talking about ready or not, I can say that I’m ready but I just being too careful person. Since I’m the master of stalker, I’m not judging people, I just do an analyze before makes any decision and also pray for their goodness.

Letter for myself from my future self...

Sekian sahaja a silly story from me. Sudahi entry ini dengan doa rabithah. (baca sendiri)

Hurting by friends is the real heartbroken for me. Hence, I’ll love them.


Reminder


Assalammualaikum...salam 26th Ramadan.

I feels save to talk here other than talk to myself in silence then I forget what I had advice to myself.

How’s your Ramadan? Mine is fine. 'hopefully'

Back to the reason why I write this entry, ‘Note to myself’.
Sometimes I’ll re-read all my entries so that I will keep remind myself about what I’ve gone through and the way I pass all the difficulty in my life.


It’s all about UJIAN. Dear self, jika rasa ujian yang menimpa kita itu besar dan masalah itu terlalu besar untuk ditanggung, ingatlah bahawa Allah itu Maha Besar dan Allah tidak akan membebani hamba-Nya melebihi kemampuan mereka.


KOD CINTA DARI ALLAH

25:20, 30:37, 64:15, 2:286

 

To be honest, rasa semakin lega bila ada insan-insan yang Allah hadirkan dalam hidup. And I hope, Allah panjangkan umur saya dan mereka agar saya dapat terus memberi kegembiraan buat mereka suatu hari nanti.

Dan kepada dua orang sahabat saya, I’m not telling anything to them sebab saya tahu apa yang akan mereka lakukan. Jadi, cukuplah sekadar merasa mereka tetap ada disisi walau dengan sebaris kata cinta. Mereka lah antara insan yang akan lebih memahami kerana hampir tiada batas untuk kami saling bercerita tentang masalah masing-masing sejak zaman universiti lagi.

Semoga raya tahun ini bermakna untuk kita semua ;) Dalam banyak-banyak kumpulan sahabat, akan ada sekumpulan sahabat yang sangat bermakna, ianya 'mereka'. Bukan kasih itu dipilih tetapi, manusia yang membuatkan ia terpilih.

What I’ve to do is, keep smiling....keep moving and feels nothing to worries.

Respect and be kind




Assalammualaikum...and salam 11th ramadhan. Alhamdulillah.
I suppose to post something last night but time not allow me to do so.
Jadi hari ini, topik yang akan saya bincangkan adalah tentang respect and how your goodness work. It's might related with isu semasa or perhaps not. It's up to how your brain read and relate it.

And obviously this topic is about something yg cuma ingin bercerita dan memberi pendapat tentang rasa hormat sesama manusia yang selayaknya dihormati.

Kalau macam saya, I've my own principle which is,
"Once you get my respect, don't betray it because you'll never get it again as the same."
Means that, kalau saya menghormati seseorang yang layak dihormati, tetapi apabila dia akhirnya melakukan sesuatu yang menghilangkan rasa hormat itu, belum tentu hormat saya yang seterusnya akan sama seperti rasa hormat saya pada awalnya.

Boleh faham di situ? ^_^'

Okay, saya bagi contoh, let say I have a boss in one company and I'm an ordinary staff, saya akan menghormati boss saya selayaknya dia perlu dihormati sebagai seorang yang lebih tua dari saya, lebih berpengalaman, dan mempunyai keperibadian yang baik. Ok thats it. Tapi bila satu hari dia menunjukkan belang, perasaan amarah yang tidak terkawal, mula mengeluarkan kata-kata kesat kepada staff yang lain, menipu dalam urusan syarikat, rasuah, seleweng dan sebagainya, maka rasa hormat yang diberikan pada awalnya akan hilang, mungkin yang tinggal hanya hormat sesama hamba.

Hence, my point is....if you want people to respect you, avoid yourself from doing something disrespectful.

But in other case pula, bila seseorang tu dah buat sehabis baik untuk orang hormat pada dia tapi sebaliknya orang pijak kepala dia dan akhirnya dia akan cakap...
"Saya ni bukanlah nak minta sangat orang hormat saya tapi at least mereka tahu macam mana cara beradab dengan orang lain". It's kind of respect actually. Sama je. Beradab adalah salah satu cabang hormat.

So, tiada seorang pun dalam dunia ni yang tidak ingin dihormati. We've our own pride.

Few advice yang korang boleh relate dengan beberapa keadaan,
1. Siapa pun dia dan bertapa buruknya sikap dia terhadap kamu, jangan sesekali menghentamnya dengan kata2 yang kurang hormat dan tiada adab kerana kalau kita berbuat sedemikan, maka dia dan kita tiada beza.

2. Hormat privacy atau aib orang lain. If dia tidak sedar akan perkara yang telah memalukan dirinya, tegur secara lembut dan tidak memalukan lagi dirinya. Tetapi jika dia sendiri yang membuka aib dirinya tanpa rasa bersalah, berilah teguran yang memberi kesedaran buatnya yang boleh menjentik rasa malu dalam diri dia.

Another topic is,
How your goodness work?
Ada sesetengah orang, bila orang buat baik dia mengata, orang buat tak baik lagi la dia mengata. Jadi apa yang dia mahukan sebenarnya?

Marilah kawan2 kita kekalkan dalam pemikiran kita bahawa setiap orang ada kebaikan tersembunyi dalam diri mereka. Ada yang memilih untuk memanfaatkannya dan ada yang masih hilang arah bagaimana untuk menggunakan kebaikan tersebut. Ok, mungkin orang dah mula blur dengan statement ni. Biar saya jelaskan semula;

First, semua manusia di planet bumi memiliki hati dan dimana hati tersebut ada menyimpan sifat ihsan. Cuma yang menjadi persoalannya, bagaimana mereka menggunakan ihsan yang mereka ada?.

Ada yang baik dan sangat pemurah sehingga orang menyifatkannya lurus dan senang tertipu kerana terlalu mudah berasa kesihan dengan orang lain yang sedang meminta pertolongan walaupun hakikatnya dia sedang diperdaya.

Ada yang baik dan suka menolong tetapi agak berjaga2 dengan orang. Tidak mudah percaya pada orang.

Ada yang kepala samseng dan kaki pukul tapi sebenarnya dia adalah seorang yang penyanyang terhadap haiwan.

ihsan atau kebaikan yang ada pada diri setiap orang tu berbeza. Pernah dengar tak tentang kisah seorang pelacur yang masuk syurga kerana telah mengorbankan nyawanya untuk menolong seekor anjing yang kehausan.

We don't know how others' life is. Jadi kalau kita rasa diri tak baik, tak layak berkawan dengan orang baik, rasa down dengan diri sendiri, dan sebagainya. Buangkan rasa itu dan ingatlah masih ada sisi kebaikan dalam diri kita walau sejahat manapun diri kita selama ini.

Semoga bulan ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang menyaksikan satu perubahan. Yakin pada janji Allah, bulan ramadhan adalah bulan keampunan.

Wonder of...


Assalammualaikum...
Ada kerja nak buat harini? Kalau ada...pegang bahu dan kata.
"Thanks for being productive today"

I'm still at home mencari gali ketenangan. (realitinya, give me any job to do please)

Harini saya nak cerita about this topic --> OCD & OCPD (Obsessive Compulsive Disorder & Obsessive Compulsive Personality Disorder)

I just wondering about this. How dangerous it? and how it affect people's life?
So, I do research sebab saya baru terbaca satu artikel dari someone yang share cerita tentang hidup dia bila mengalami symptoms ni.
It isn't kind of disease yang menyebabkan sakit pada fizikal tapi ia penyakit yang menganggu mental atau jiwa seseorang. Bahasa lainnya adalah psikologi abnormal.

First, secara ringkasnya orang yang ada kedua-dua jenis kecelaruan ni biasanya akan mengalami perasaan was-was dalam satu hal. Contohnya, bila cuci pinggan dia akan rasa tidak bersih walaupun dia sudah mencucinya berulang kali. fikiran mereka akan mendesak mereka untuk melakukannya berulang kali. Mereka akan sentiasa bimbang dengan sesuatu perkara. Ini bagi OCD.
Bagi OCPD pula, ia adalah rutin harian seseorang secara peribadinya. Contohnya, bila mereka mengalami rasa was-was (OCD) terutamanya dalam hal kebersihan, rutin harian mereka seperti mandi, mereka akan mengambil masa yang lama untuk memastikan diri mereka benar-benar bersih. Begitu juga dalam melakukan kerja-kerja mengemas rumah, mereka akan mementingkan keteraturan dan kekemasan semua benda dan ini akan mengganggu jadual masa dalam rutin harian mereka.

Dengan symptom2 macam ni, mereka akan lebih cenderung untuk mendapat masalah kemurungan, cepat letih, mudah marah, rasa kurang selesa dsb. Disebabkan depression ni juga, ia mungkin akan mengakibatkan masalah jiwa dan mental jika tidak dirawat.

Bila dengar ciri-ciri OCD & OCPD ni, terus cek diri sendiri haha.
Sebenarnya, I've to learn how to control my emotion je.
Tak tak, saya belum sampai ke tahap kecelaruan macam ni.
Tapi memang sometimes akan rasa ragu2 tapi not too much. Bila dah rasa satu pinggan berminyak atas rak pingan I'll recheck pinggan2 lain dan cuci kalau ada yang berminyak. Tapi rasanya ni sebagai common sense sebab takkan kita nak biarkan. Satu lagi benda yang annoying, bila tengah sakit tekak I will imagine a lot of bacteria are flying around me. Time tu la terbayang habuk2 kipas berterbangan, debu2 berlegar2 depan mata sampai rasa macam dah masuk berkumpul dalam tekak. Cuma rasa annoying and I just wearing mask, settle.

Tapi, walaupun rasa insecure sangat dengan habuk2, I prefer untuk kemas rumah than masak. Sebab kalau nak suruh masak, I need pembantu yang jadi tukang cuci segala pekakas masak yang dah diguna, kalau tidak I'll take time untuk cuci sambil memasak sebab tak boleh nampak bersepah dalam sinki (so, it caused my cooking will be overcook sebab I sibuk cuci besen2 dan segala bekas2 letak sayur, ikan dan sebagainya xD) but I'm not stress on it. Avoid dari rasa stress. Enjoy la my meals and someone tolong la kemas sinki when I'm cooking -_-.

And one more thing why I prefer untuk kemas rumah, sebab bila orang lain kemas rasa macam tak bersih terutama bab menyapu. Actually bersih je pun orang tu kemas cuma rasa nak puaskan diri sendiri. I'm so dengki dengan habuk, it is my musuk ketat forever.

So in conclusion, i just can advice sesiapa yang ada perasaan was-was dengan sesuatu yang dianggap tak logik atau rasa diri tu sentiasa berasa bimbang yang melampau, buat lah rawatan dan berjumpa dengan pakar.
Everything kita kena mula dengan pengawalan diri kita, cuba untuk mengawal emosi kita agar kita tidak dikawal olehnya. Enjoy your life with smile, don't be overstress or overthinking.

In this world tidak ada manusia yang meminta untuk sakit, penyakit macam ni juga bukanlah sesuatu yang diminta, boleh jadi itu ujian bagi mereka.
I've seen ramai yang struggle to survive from this disease. Be strong guys, hopefully you can fully recover and can enjoy your life without stress or depression. :)

Fiction in my bucket list


Assalammualaikum...
Rather than thinking about others problem, I'd better run my life with my desire.
Oyemjiiii...my fiction collection ain't finished yet.
Ada 5 fiction tapi baru siap dua.

Tak boleh sembang nak buat cuti ni kerana itu adalah angan-angan yang nyata angan-angan. Its very short time I've though dan tak sangka pengakhiran zaman kampus ni akan bagi aku bawa balik benda yang unexpected to happen.
Tengok tu, terfikir lagi -_-
Tak guna la nak fikir, makin hari makin stress nak fikir.
Just wanna let you know that I love you. Get well soon, please be happy, smiling as before, may Allah always make you strong.

Ok, lets talk about my fiction even its not important for you but its very important for me.
Yesterday He Dies (Complete)
Way back home (Ongoing)
The last present (Not start yet)
You're not different (Not start yet)
#  My friends across the river (Not start yet)
Extra : # Dear diary (Ongoing)
Taraaaa!!! boleh click the link to read yang dah complete.
Itu saja. tak boleh lebih-lebih nanti semua tak jadi. Now, just done plotting everything nanti dah siap, I'll post at my Fanfic blog.

Ada one of my story yang rasa nak give up sebab dah tak ada idea nak teruskan. Sekarang baru siap 3 chapter daripada 5 chapter. Anyone nak sambung cerita ni? I nak let go. Semua cerita in malay version sebab slice of life kena tulis dengan penuh perasaan. Kalau sebelum ni cerita love story, I use to write in english sebab ayat malay nampak sangat mengada-mengada and I don't like it. Hahah end up, I stop to write that genre.

Ok now, rasa nak intro plot story. Sis ni macam tak ada kerja kan, dah la lusa exam.
Jangan risau, sis dah study cuma belum habis. ^_^'
:D...dan jangan risau juga, plot ni dah lama dibuat, just copy and paste here to share. Plot ni sis tulis bahasa mix ada plot malay and ada plot english sebab mood tulis plot masa tu berubah-ubah haha, but the story is totally in bahasa melayu tercinta.

...............

Yesterday he died
Casts : Do Kyungsoo & Kang Ha Neul
Genre : Slice of life, Friendship, Family
Song : Best Friend by UNIQ

Do Kyungsoo is the one and only son living with his mother. They have an ordinary life. Kyungsoo always being bullied at his school. His mother always get mad with him when he return home with scar on his face and whole body. He thought, his mother never love and cares about him because his mother still blamed him for the death of his father.
Kang Ha Neul is a new student at his school. The presence of Ha Neul totally changed his life. They being a close friend, Kyungsoo felt protected and being more motivated. But at the end, its going so bad. Ha Neul was killed by the student who always bullied Kyungsoo. Kyungsoo unable to share his happiness at the end of Ha Neul's death, Ha Neul died on his lap.

Way back home
Casts : Jung il Woo, Jung il Hoon & Yook Sung Jae
Genre : Slice of life, Family, Friend, Dreams
Song : Way Back Home by BTOB

Jung il Woo is Jung il Hoon's brother, they are only two sibling. They live in a problematic family where their father failed in his business while their mother is someone who desire to live in high class standard life. When their father bankrupt in the business, their parents getting to have divorce.
il Hoon is the only who saw what happened to his parents while his brother, il woo is currently working in aboard as a doctor. il Hoon got so much depression with his family's situation. He plan to run from his home and leaving his school. He go somewhere that he never being there. He walks alone along the beach but suddenly, he saw a women age around 48 years old walking towards the sea. il Hoon, not expect anything but actually she want to commit suicide. Once he realize it, he run to save that women, then, the women's son, Yook Sung Jae comes running towards them. il Hoon help Sung Jae to brings up his mother to home. Sung Jae told everything to il Hoon and they start to share about each other situation. il Hoon realize how strong Sung Jae can keep living in that kind of life. Sung Jae run a business of dried squid in his village. il Hoon ask permission to live there for a few days before he return home with a new hopes and big dreams.

The last present
Cast : Kim Bum & Jang Dong Yoon
Genre : Slice of life, Family, Action, Humanity
Song : (Not Yet)

Setelah Kim Bum ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya. Hidupnya sangat tersiksa sehinggalah dia akhirnya dijumpai oleh seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an iaitu merupakan ketua samseng yang mengawal seluruh daerah Hanyang. Lelaki itu juga merupakan antara orang yang sangat berkuasa serta giat menjalankan aktiviti haram seperti penyeludupan dadah dan perjudian. Kim Bum diambil sebagai anak angkat lelaki itu dan dia dijaga sejak berusia 8 tahun sehingga kini berusia 23 tahun. 
Apabila ayah angkatnya semakin tua dan tidak mampu untuk meneruskan segala kegiatannya, Kim Bum pula secara tidak langsung dilatih untuk mengambil alih tempatnya. Lelaki itu sangat yakin dengan jiwa serta kebolehan yang dimiliki Kim Bum. Namun apakah pengakhiran hidup Kim Bum apabila disahkan menghidap penyakit hati kronik. Pertemuannya dengan Jang Dong Yoon iaitu seorang pelajar sekolah yang menjadi mangsa orang bawahannya, telah merubah pemikirannya terhadap apa yang dilakukan selama ini dan dia berhasrat untuk menebus segala kesalahan sebelum akhir hayatnya.

You're not different
Cast : Kim Ji Soo, Nam Da Reum & Cho Eun Hyung
Genre : Slice of life, Family, Dream
Song : (Not Yet)

Kisah tentang seorang pemuda (Kim Ji Soo) yang tinggal bersama dua orang adiknya (Nam Da Reum & Cho Eun Hyung) serta ibunya yang lumpuh. Ji Soo merupakan anak sulung dan berhenti sekolah untuk mencari sumber pendapatan. Salah seorang adiknya (Cho Eun Hyung) bisu dan cacat penglihatan. Ji Soo harus memberikan sepenuh perhatian terhadap kedua adiknya.

My friend across the river
Cast : Kim Taehyung, Kim Seok-jin & Jeon Jungkook
Genre : Slice of life, Friendship.
Song : (Not Yet)

Kim Taehyung suffer with brain tumor. His bestfriend, Jeon Jungkook and Kim Seokjin don’t even know about his condition. He uses to survive alone until he finally can’t be strong anymore. Jungkook and Seokjin find out about that and they quite upset with his action. Taehyung don’t have much time because his condition is too critical. He have a wish where he wanted to go to a one beautiful village that placed across the river. Jungkook and Seokjin brings him there to fulfill his hope.

Extra : # Dear diary
Cast : Do Ji Han 
Genre : Slice of life, Dreams
Song : (Not Yet)

Do Ji Han seorang yang gemar mengembara seorang diri. Dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan kakinya terus berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain. Setiap detik pengembaraannya akan dicatat dalam sebuah diari miliknya. Di setiap akhir catatannya, dia akan catat “I'm here, but again, you are not here”. Cerita ini sepenuhnya menunjukkan diari kisah pengembaraan Ji Han sehingga diari itu tidak lagi ditulis buat selama-lamanya.

...............

Ok, thats all ^_^ Selamat mereput menunggu cerita-cerita ini siap.

Oh! what I've done in early May....??

Hi guys, here again! I'm in this site. Talking something that I shouldn't. I've many think. Overthinking in simple word. Actually, yeah I shouldn't talk about this thing, It's all about my stress. (should minum air Yassin or air Ruqiah). So, this May is began with stressful days.

Ok, I'm not that 'clever' to jot down all my stress here right?. so, just let it go...I'm not going to talk about that. I'm quite relieved....

Before I start...I love to mention this;
"Bencilah perbuatannya dan bukan pelakunya"
So, It was like this,
I've friends....we're not too close for sharing about ourselves honestly....just assume we're friends. All of us rarely gathering together. I just know them almost 3 years. They have their own lifestyle....own personalities...own character...own thought...and everything about those I just need to respect without arguing. "I'm a weaker....I'm a weaker...."(singing in the water)

"Guys!! please covering your aurat..."
.
.
 "Stop dating...stop talking harsh words...stop cursing"
.
.
"Stop playing around with your words....stop this....stop that..."

I really can't talk like this to them.
I'm not hating them...I just hate their attitude...and of course I hate myself. Kenapa boleh tengok attitude orang tapi tak mampu nak tegur? why with me why?
I don't want to let them go with that way...they already know everything. They ever covering their aurat perfectly but then, change back again to their previous life for a reason:...."I don't want to be hypocrite"

So, what should I do? They know about that but ignore it....and I'm still in this responsibility :'(

One more thing...
Simple advice to others....
I'm begging to all my friends...
Please!!!
control you emotion...
control our happiness...even kita happy macam mana sekalipun try to not showing either it means or not to hurt others.
Jaga batas pergaulan kita, I've promise myself to not showing my crazy side to any guy, so I hope you don't drag me to be crazy. I can't control my craziness, so I begged for help...it sometimes happened. (Crazy that I mean is : make a super duper stupid joke, or story that make me laugh out of loud...fangirling etc). I'll start hating myself when I'm realize it happen. Silent is always right when I hate myself.

I need 18 years to just talk about friend because that is the period where I start having friends in my life. I'm a sensitive person. I hate a liar. Faker who fake in everything. (Better to stay away from me before I love you to be my friend). It was hurt you know? DAMN HURT!!!

Ok!! enough...I don't want to talk anymore!!!

__________________________
WILL BE MY NEXT FICTION
COMING SOON




Unmanageable life

Take your break and have your coffee
Nothing to discussed, but I want take time to breathe.
I'm sooooo kalut this week sebab fyp. but ye la salah sendiri jangan nak salahkan benda lain. One thing I have learn is...cool je~ 

Masa last minit nak print report, masa tu la Allah uji. tiba-tiba printer trouble, tiba-tiba maintainance datang cek letrik, tiba-tiba printer blh print semua words tapi tak dapat print file pdf. Report should be handed before 11.30 tapi kami tiga ketul ni, jam 12 baru siap print report. "la yukallifullahu nafsan illa wus'aha...."....In that situation bersangka baik saja pada Allah...

Member sorang ni pun cakap "kita kaan baik....". Lepastu, aku ketawa bila dapat point apa yang dia nak cuba sampaikan. hahaha (its just a joke, she don't mean it sebab dia tahu tak elok bila rasa diri kita baik)
Memanglah Allah akan uji orang yang baik tapi dalam kes ni kita tak la baik sangat sebab tangguh kerja...xD
Tapi. alhamdulilah, report kami diterima dengan baik oleh encik fkal, lecture pun tak ada kat situ so, tak ada masalah. Allah akan permudahkan.

Finally, lepas habis hantar report, kami bertiga pun keluar ke bandar like other girls will do when they are stress is, shopping...hahaha

Kalau fyp ni da buat masa cuti haritu memang tak ada hal. Cuma the reason kenapa last minit baru buat, adalah disebabkan faktor infomasi yang kurang jelas, end up kerja sebulan dapat disiapkan dalam masa seminggu. Thats why stress melanda-landa. Orang semua balik rumah qada' tidur tapi tidak kami xD

Dua malam tak tidur sebab fyp, just take a nap. Nak tahan mengantuk tu dia punya sakit jangan cakap. Nap kejap2 dalam 2 jam, masa tu ingat mati je. hahaha but I dont want to die because of fyp. Menyesal tak terkata jadinya.

So now, everything was done and just wait for the day of presentation. wish me luck.
Sekarang seriously kena manage balik hidup yang makin tak teratur ni. assignment yang berlambak lagi. -_-

Kena buat preparation untuk presentation ahad ni. Tapi ekceli tak rasa nebes lagi sebab rasa cool buat fyp haritu masih tertinggal. Kali ni jangan stress sangat. Love what you do, do what you love....I'm trying to love my fyp then, pass it well...
"Excited nak bentang bisnes yang menjadi impian dan angan-angan selama ni. Bentang dengan sungguh-sungguh...pertahankan minat kita dengan kesenian.!!" - me talk to me...kbai
Ingatlah, tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji

Mata yang letih buat degree rabun tak menentu


Assalammualaikum....
Entry ni nak cakap pasal benda beneficial sikit...walaupun takde la keluar exam.
Sebenarnya, aku cakap topik ni bukan berdasarkan research or data anaysis pun, tapi berdasarkan pengalaman aku.

Few months before, aku buat recheck untuk tahu degree rabun aku dah berapa. Ala2 superhero nak pergi cek power dia dah level berapa untuk upgrade senjata...hoho
Then, ceritanya...uncle tu check la mata belah kanan aku. Done, dia pun record....
Lepastu dia check mata kiri pulak....tapi dia berkerut....dia check balik mata sebelah kanan....kening dia makin berkerut...haha end up dia guna menual.

Tau kenapa dia berkerut....?
Dia kata, "Amoi, you punya mata letih, itu pasal degree tak stabil...sebelah kanan, saya tengok tadi 400, tapi sebelah kiri saya tengok 200"...
Uncle tu pun gelak...

Hahahah gila sampai 400....boleh jadi, lepas ni aku punya speck kanta sebelah kanan lebih tebal dari sebelah kiri, maunya tak seimbang. Kepala pun ikut senget...xD

Jadi, itu je la apa yang uncle tu kata. Kalau mata tu letih memang sight kita jadi tak stabil. Jadi pengajarannya, once bila dah rasa penat dan ngantuk....tidur je la ya...tidur....jangan paksa study.

Dan sekarang aku pun dah dapat beza mata aku bila letih dan fresh tu macam mana. Bila kelopak mata tak terlipat sepenuhnya, itu tandanya mata dah penat.....tidur je la ya...tidur....jangan paksa study....

*ketawa katak *

Kita kena juga bagi hak rehat pada diri kita....dia pun ada hak untuk berehat. Tidur 8 jam sehari dah cukup memadai, nak lebih 8 jam pun boleh, terserah kamu aja...pokoknya akarnya daunnya kamu harus istirehat cukup...titik...

Akhir kalam.....take your rest well.

Dah selesai satu paper!!


Assalammualaikum....
Tiba-tiba blogging sebab nak cakap pasal benda ni saja. "I've finished one paper!!"

Baru tweet semalam sebab syndrom tu dah menjadi-jadi kat aku. But like finally, harini selesai.
That is what happened to one of my TS friend yang lambat start paper hehe
/*senyum senget*\
Dia punya excited tu la syndrom namanya. I feel you, jangan risau...

Next paper aku hari khamis. Masih belum boleh bersenang lenang, duduk tengok MLM sambil layan potato chips. Tak boleh....tak boleh...
First paper have taught me everything about my knowledge.
Kita biasa dengar students nowadays, "Study untuk jawab exam, bukan untuk pengetahuan".
Remind 200 juta kali pada diri, insaf pun 200 juta kali. Maknanya, memang dah sifat yang liat sangat nak ubah. Study-study, then jawab exam...few months lepastu bila ditanya dah lupa. -_-
Sebenarnya first paper ni aku saja nak buat kajian ke atas knowledge diri sendiri.
/*mata ke atas*\ #Kalau malas cakap malas#
Haha, first paper juga la jadi mangsa.
But I end it well dengan jayanya even not 100% satisfy.

Aku tak letak full effort dekat paper International trade ni sebab aku tak minat nak talk pasal economies setelah lama dia menyiksa otak aku suatu ketika dahulu. So, aku just read dan faham the basic things yang aku belajar masa form 6. Sebab aku dah tahu soalan tu mesti akan tanya tentang opinion. So, yes...the question be like;
"In your opinion, what policy should be used based on Malaysia's economic situation. Export Led Economy or Import Substitute Economy?"
Something like that...
Jadi the basic knowledge mesti la kita kena tahu what is import and what is export right. Jadi begitulah kajian terhadap pengetahuan yang aku buat. Bebel je apa-apa pasal kebaikan export & import pada negara. Kalau soalan opinion ni, kita jawab mana-mana antara dua pilihan tu pun dah boleh dapat markah sebab opinion kita...cuma alasan tu kena munasabah. Tapi, soalan opinion macam ni je pun dah 25 markah, terpaksa la aku membebel dua muka surat.

Cuma, last question tanya pasal Theory yang memang ada dalam buku. Tapi aku tak pernah terbaca pun theory ni dalam buku. Atau aku memang tak nampak, mata telah dikaburi. haha
Soalannya tanya "How Porter Diamon Theory can analyze rise of Samsung". Aku jawab je la ikut pemahaman theory yang aku tahu, asal ada. Then, balik rumah je, aku pun menggoogle untuk gain knowledge la kononnya xD. Benda yang kita rasa curious ni selalunya boleh melekat kat kepala dalam tempoh yang agak lama. Kannn...

Ha dah, kita tutup kisah soalan tu. Nak cakap jugak pasal study last minit. Isu masih related dengan ayat yang aku bold kat atas tu. Selalunya yang study untuk jawab exam semata-mata ni, macam ni la dia penyakit yang datang (study last minit). Dan aku masih mengekalkan budaya itu tapi last minit aku bukanlah yang beberapa minit sebelum masuk dewan exam baru nak tengok nota. Last minit aku, one days before exam baru nak struggle.  
Amaran : Jangan tiru gaya ini kalau tak kena dengan otak anda. ^_^

Study last minit yang aku tak amalkan ialah bila beberapa minit nak masuk dewan exam.
Tapi masa ni la kita jumpa students yang bercakap-cakap sambil tengok langit, tengok pokok, tengok semut2 bawa makanan. Semua sungguh-sungguh duk menghafal.
Orang mungkin ada cara mereka sendiri, tapi aku memang tak boleh. Bila aku bukak nota pada masa-masa tu, maka minda aku akan tersekat untuk ingat apa yang aku baru baca sampai lupa semua yang aku dah baca sebelumnya. Macam tu la dia ceritanya.

Jadi kesimpulannya, jagan ikut gaya aku kalau tak mampu. Study la awal2 untuk tambah ilmu bukan untuk dimuntahkan ke dewan exam semata-mata. Ok, ni yang ke 200,000,001 kali aku ingatkan diri sendiri.

But anyways, I need to study for next paper....

Contact Form