December is....the great month

10:18 AM



 Assalammualaikum.

Blessing month. Tahniah kepada semua rakyat jelata yang telah mendirikan masjid pada bulan Dec ini. Alhamdulillah.

And, so far...belum dapat invitation dari kawan sendiri. InsyaAllah. Sekarang masih setia follow mak ke invitation anak kawannya saja. But it isn’t a good news sometimes. -_-

Thanks to makcik-makcik yang banyak memberi dorongan, kata-kata semangat serta sumber-sumber inspirasi  buat mak saya agar bertanyakan soalan comel kepada saya. All things issued, sampai orang yang dah move on pun terlibat sama. Anda mesti tidak faham apa yang saya maksudkan kan. Tak apa, tak perlu faham yang ni.

Apa yang anda perlu faham adalah, “what married is?”

So, here is the real topic sebenarnya.

“Don't rush things. When the time is right, it will happen”.

Kadang sesetengah orang ni takde la stress sangat fikir pasal bila nak kahwin kan walaupun sebenarnya kena pikir juga. Tapi, disebabkan environment, orang sekeliling yang sibuk bertanya dan ditambah lagi dengan stereotype ‘orang lama’; "tak takut ke jadi bujang terlajak nanti". All those things yang lama-kelamaan boleh menjejaskan tumpuan kita pada perancangan masa depan yang lain.

My mom is too scares with what would people said. Dan ini juga salah satu stereotype. (berfikir mesti akan ada orang yang sibuk bertanya)

Now I’m 20 something, not 24 yet dan buat julung-julung kalinya hari ini saya akan bercakap tentang topik yang jarang menjadi pilihan saya untuk dibahas due to my experience that I don’t have. Kahwin pun belum macam mana nak cakap pasal topik ni?

Don’t worry, saya hanya akan bercakap tentang suggestions dan penjelasan untuk memperbetulkan tanggapan orang yang berstereotaip seperti di atas.

First, we’ve to understand, why we get married?
Antara jawapan anda mungkin;

  • Because it's sunnah.
  • Dapat mencegah kita dari maksiat.
  • Sebab kahwin ni boleh buka pintu rezeki buat kita.

Dan macam-macam lagi jawapan mengikut pendirian masing-masing.

Point saya tentang perkahwinan ini adalah, Ia adalah perkara yang sangat sangat tidak boleh diambil mudah.

“Eh, I thought...I dah jatuh cinta la dengan dia. Esok I nak try ajak dia kahwin la”...bla..bla..bla..

“Rasanya duit I dah cukup, jom kita kahwin”...bla..bla..bla..

“Mak!! Esok pinangkan tipah untuk saya. Saya rasa dah berkenan dengan dia”.

Dengan hanya berbekalkan perasaan cinta untuk membina sebuah perkahwinan? Tidak.

Okay, berkahwin isn’t only for 1 day, or 1 week, or 1 year.. it’s for the entire lifetime of our lives. Remember this. After you get married, rutin harian akan mula berubah, and after you having childs rutin harian sekali lagi akan berubah dan begitulah seterus dan seterusnya. What I want to said is, harus sentiasa bersedia untuk menghadapi setiap perubahan-perubahan yang akan berlaku. Orang kata, berfikiran kehadapan, always be prepare...what to do next...next... and next.

Dan begitu juga soal kahwin muda. It is nothing wrong with it as long as you’re well prepared for any test in marriage. So, what kind of preparation? For me, dekatkan diri pada Allah terlebih dahulu. Kekuatan hati kita bergantung pada iman kita. So that, kita dapat kawal emosi, dan akan lebih berfikiran matang. Bila kita da sentiasa letak Allah di hati kita, all kindness will comes. Lately, ada terbaca entri dari seorang blogger, budak mato. Entri tu dah lama, rasanya semua da kenal dia ni since now dia dah jadi writer. Ok, sebenarnya saya cuma nak bagitahu tentang kata-kata dalam entri beliau;

“Saya bukanlah sesiapa yang layak bercakap tentang pernikahan. Kerana siapalah saya untuk menghalang pernikahan awal. Tapi kena jelas, kahwin ni bukan for fun. Bukan untuk sehari dua, bukan juga sebulan dua atau setahun dua. Kahwin ni biar selamanya. Kahwinlah kerana nak dapat redha Allah, bukan kerana nak menunjuk-nunjuk dan cuba untuk menjadi contoh. Bukan juga kerana nak 'bebas maksiat' saja. Sebab kalau itu matlamat kita, kita akan bosan”.

Point yang saya boldkan pada kata-kata beliau itu adalah perkara penting yang saya nak sampaikan dalam topik ini. The most important thing adalah niat kita. Insyaallah kalau niat kerana Allah, Allah akan datangkan banyak kebaikan buat kita. Nak explain tentang niat pun perlukan satu topik lagi. (rujuk hadis pertama dalam hadis 40). To know how important it is. :)

Saya remind juga pada diri saya sendiri. Nak kahwin jangan terlalu terpengaruh dengan desakkan orang melalui pertanyaan-pertanyaan mereka. Memang tidak dinafikan ramai classmate zaman sekolah dulu yang dah pun berumah tangga, dan ada juga terbaca caption-caption indah mereka yang seakan menyeru rakan-rakannya yang lain untuk berkahwin :D. Tapi itu normal la bagi mereka untuk menyatakan kebahagian yang mereka rasa...cuma nasihat saya berpada-pada.

Dan kepada orang sekeliling yang sangat gemar berstereotaip dan bergosip. Marilah sama-sama kita hadam tentang, “Jodoh pertemuan itu ditangan tuhan”. Kita tidak tahu sejauh mana seseorang itu berusaha, dari segi meluaskan lingkungan sosial mereka, proses memerbaiki diri dan sebagainya. Maka, hentikanlah gosip-gosip liar mahupun pertanyaan-pertanyaan yang boleh  mengakibatkan kemurungan. Kesian kat depa‘^_^
-
-
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(An-Nuur 24:26)

Sebenarnya, banyak ayat-ayat Allah dalam Al-Quran yang boleh jadi panduan buat kita.

Pesanan penting juga kepada diri sendiri dan sesiapa yang belum berkahwin, jagalah diri sebaikknya, jaga batas-batas pergaulan kita, maruah diri kita, jangan dekati perkara maksiat, perbaiki kekurangan diri, dan luangkanlah banyak masa untuk berdoa kepada Allah.

Akhir kata dari saya, maaf andai tersilap kata. Semoga kita semua peroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.










Thanks For Yor Comment

0 comments

Contact Form