Lets be good in a good life

1:15 PM


Assalammualaikum...

Ini adalah entri tiba-tiba. ^^"
Kalau seketul Lynn ni da buat entri, mesti ada benda yang nak dibebelkan.
Kalau bukan untuk orang lain pun, untuk diri sendiri. But hopefully ada la juga manfaat yang orang lain dapat dari hasil merapu aku selama dalam ni.

Okay,
for the beningging....(I got red line for this word xD)
I wanna talk about a famous topic recently. 

//AMARAN//
Kecaman tidak dibenarkan.
Entri ini mungkin akan menjadi terlalu panjang, so don't read if you won't. Nanti message yang nak disampaikan tak masuk. Baca bila hati sudah ikhlas untuk membaca.
//AMARAN//

Its about SHINEE's member, Kim Jonghyun who commit suicide due to depression.

Siapa Jonghyun? SHINEE tu apa? Why its trending?
Let me answer you.
SHINEE adalah korean group, yes kpop. They had 5 members and one of them is Jonghyun.
Agak popular juga di seantero dunia tapi dalam kalangan kpopers sahaja maybe. Yang non-kpoper tapi layan kdrama tu pun mungkin just kenal Minho sebab dia banyak job in acting.

Ok, back to Jonghyun's story.
According to police report and all media statements, dia telah disahkan mati akibat bunuh diri dan dia juga dilaporkan bertindak sedemikan kerana mengalami depression.

So, I want to discuss about depression.
Tapi sebelum tu, saya nak clear kat semua tentang respon saya apabila mendapat berita mengenai kematian beliau.

When I heard about this news, yes absolutely, I'm totally shock like dreaming. I was following SHINEE in music industry since their debut. Their 'reply' song, 'hello'. 'ring ding dong' and etc. But its happened on years before because now I'm not really following their update. So, I assume; they are like my legend era. Ala macam mak ayah kita yang layan band legend diorang masa muda-muda dulu macam Spin, Spring, Wings, Axl, Spoon, May dan Iklim (kenapa saya tahu? sebab saya pun layan xD)

Ok2, saya dah melalut. Maafkan saya ^^'
About Jonghyun. Do I cry for his gone? I'm not but I felt to.
It's actually broke my heart when I'm looking at the other sentimental value in this situation. Friendship especially.

Relax, saya tahu, netizen ramai kecam situasi ini sehingga keluar statement yang mengaitkannya dengan isu di Palestine.

Baiklah...begini. Untuk bercakap tentang ini, saya tidak menyebelahi sesiapa.

Sebagai umat islam, kita tahu JH bukan muslim namun kematian bukanlah sesuatu yang patut diperlekehkan. Kematian adalah urusan Allah dan kita tiada hak untuk membandingkannya dengan sesiapa. 'Bagaimana dia mati?'....'siapa dia?'....'di mana pengakhiran dia kelak?'. Ain't mention it, just respect what other religions feel. Whoever they are, don't curse them even we've our own belief. Semua itu Allah yang tentukan dan islam mengajar kita untuk menghormati agama lain.
“Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” Al-An’am ayat 108
"Artis kpop meninggal dia menangis sambil buat thread tapi umat islam di Palestine meninggal dibunuh kafir dia tak sedih nak buat thread"

Please stop with this statement. Walaupun tak buat thread, jangan sangka dia tak sedih. So don't judge people"

Semua orang berbeza dan kita tidak boleh nilai terus dari tindakan mereka. Seperti apa yang dilakukan oleh peminat di indonesia, mereka melakukan donasi atas nama JH untuk didermakan wang itu kepada masyarakat di Palestine dan kepada mereka yang memerlukan.

Jadi, tak perlu lah orang islam menyindir sesama islam. Jika keterlaluan mereka itu melampau, tegurlah mereka dengan cara yang berhemah.

Seterusnya, kepada peminat JH pula, yang muslim terutamanya, saya nasihatkan janganlah terlalu taksub dan meratapi apa yang telah berlaku ke atas JH. Kita tahu semua yang ada di dunia ini adalah milik Allah. Jadi, cukuplah sekadar ucapan yang wajar ke atas si mati dan janganlah melakukan perkara yang boleh merosakkan akidah kita. (seperti; menggantung gambar, menghadiri upacara penghormatan terakhir buat si mati seperti apa yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini, saya sedih bila ada peminat muslim juga turut serta).

Tidak dinafikan banyak yang kecam tindakan mereka. Apa yang saya boleh cakap, nasihat dan doa yang baik.

Yes, I'm preparing myself if I lose mine.

Jangan jadikan; kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Saya juga meminati kpop, tapi jangan jadikan ia sesuatu yang melalaikan sehingga kita lupa bahawa diri kita ni sebagai umat islam.

Dalam kisah kematian Jonghyun ni, apa yang saya nak semua orang ambil peduli adalah tentang masalah depression.
Melalui story instagram beliau, lagu-lagu ciptaan beliau jelas menunjukkan bahawa dia sedang mengalami tekanan. Namun tidak seorang pun yang sedar.

Depression boleh berlaku kepada sesiapa saja, even di Malaysia, yang bukan artis pun banyak kes bunuh diri yang dilaporkan. Penyakit ni umpama pembunuh senyap.

Sejujurnya, saya sendiri pernah mengalami keadaan tertekan sebagai seorang pelajar. Well, "No success without pain, even beauty is pain".
Orang-orang yang berjaya pun pernah mengalami waktu-waktu sukar namun apa yang menyelamatkan mereka dari dibunuh tekanan adalah orang sekeliling.

So, saya nak nasihatkan, kalau kita sendiri yang mengalami tekanan, carilah Allah dan mengadu segala padaNya. Hanya pada Dia tempat kita bergantung. Then, baru cari someone or sometwo or even somethree...make sure you trust them. Told them everything whats burden you, and cry if you want. Jangan terlalu pendam kesedihan dan make sure jangan biarkan jiwa kosong bila bersendirian. Depression ni juga adalah gangguan dari syaitan yang cuba untuk merosakkan iman kita.

Dan, pada sisi kita pula sebagai insan. Jangan ambil mudah dengan masalah orang lain. Jika mereka ada masalah, dengar dan berikan kata-kata semangat dan jangan sesekali memperlekehkan apa yang mereka rasa. Elakkan menggunakan ayat..."Move on la...."...."tak payah la pikir"...."lupakanlah masalah tu..." dan sebagainya kerana ia seolah kita melihat masalah mereka itu sesuatu yang mudah untuk dilepaskan. Gantikanlah dengan nasihat yang penuh dengan kata-kata hikmah.

Rasa macam banyak lagi nak cakap pasal depression ni, tapi waktu agak mencemburi ^^' (dah macam rancangan tv).

Insya'allah kalau ada masa lagi saya akan sambung tentang depression ni.
Akhir kata dari saya, semoga kita tidak dihantui dengan tekanan.

Thanks For Yor Comment

0 comments

Contact Form