Jangan guna 'doh' untuk nampak 'doh'

10:19 AM


|| Assalammualaikum ||

Alhamdulillah untuk hari ini,
Masih diberi kekuatan dan nikmat.

Apa yang kita nak cerita hari ni adalah tentang 'teens' nowadays.
kadang tak yah nak kata 'teens', benda macam ni pun dah jadi trendzzz dalam kalangan 'kids'
Sebelum tu, kita kena fahamkan dulu tajuk dan maksud tersirat dari tajuk tu.

'doh'

apa tu 'doh'?

tepung 'doh' yang orang guna buat donat ke?

Dalam konteks ini, 'doh' adalah singkatan bagi kata 'bodoh' -sumber rujukan boboi-

Orang sekarang dah buat benda ni jadi slang tau.

"Perhhhh!! cantekk doh"

"hey doh, jom lepak minum abc"

"wei doh, aku tak boleh balik lambat doh, nanti mak aku bising doh"

hamek kau double triple 'doh'

Aku sebenarnya rasa bersalah jugak nak taip perkataan 'bodoh' ni.
Tapi budak  remaja mahupun kanak-kanak, dengan selamba badak je boleh cakap benda ni.
Oh ok, even mereka boleh bahas nanti.

"Ala takde makne kot...'doh' je pun"

Ok takpe,..suara anak muda harus didengar.
lepas dengar orang yang jawab macam ni...bak mai cili.

"Alaaa...orang sabah tu cakap 'bah' tak pulak ko nak bising"

hahah, k siyes...
memang ada yang kata orang sabah ni penyebab banjir kat kelantan sebab diorang sebut-sebut 'bah'

bah tu kalau pemahaman orang west ialah banjir.

Aku dengar diorang buat statement macam ni, rasa kelakar...
Musibah tu kan ujian dari Allah, kenapa nak salahkan pihak yang tak ada kaitan. Fikir matang sikit.

Eh, rasa terlari tajuk pulak.
Balik pada topik kita.
Straight to the point...
kenapa aku kata "jangan guna 'doh' untuk nampak 'doh'."
Harap boleh faham la apa yang tersirat.

kalau nak ikutkan.
Kita tahu bahasa ni adalah baru dalam dunia malaysia, atau lebih pedih nak disebut adalah baru dalam alam melayu...nak lagi pedih, benda yang tak baik di mata islam.

Orang tu sumpah orang lain 'doh'...mana baiknya?

sekarang benda yang tak baik disebut, dah tak jadi masalah nak disebut.

Ya...mungkin segelintir orang boleh terima dan kata,

"ala takpe la. Zaman dah berubah...diorang bukan niat pun nak kata kita bodoh"

Baiklah, dah awak kata takpe. saya cuma nak nasihatkan je.

Kalau orang panggil kita doh, curious tak nak tahu apa maknanya?

|| berkata sesuatu tanpa ada maksudnya, umpama mencurah garam ke dalam laut ||

Atas ni quote aku buat sendiri.
Maknanya, mereka berkata sesuatu yang sia-sia tanpa ada makna.

Kalau awak kata tak apa, dan awak tak kisah dengan penggunaan 'doh' sebagai slang
boleh tak aku nak tambah slang yang mungkin takde yang kisah pun sebab mereka tak kisah dengan maknanya, mereka utamakan slang dan trend...
so, kalau slang macam ni jadi trend orang pun tak kisah...

"eh 'etan'...fuyoo, cantek giler 'etan'."

"weh 'ial'....jom keluar, aku belanja roti john"

"giler la ko 'hanam'....kereta baru tu. weh, aku pinjam kejap 'hanam'

Aku bukan apa, cuma risau dengan pelbagai pembaharuan yang berlaku dalam dunia akhir zaman ni. Banyak benda yang tak baik tapi diterima umum. Pelik tak abis2 sampai ke anak cucu.

Aku tak tahu la, kalau nak bandingkan bahasa budak2 dulu dengan sekarang, memang....memang
aku pun tak tahu..hah
tapi yang aku tahu, mak aku dulu...paling pantang kalau kitaorang sebut ayat-ayat macam tu.
kalau tak lada cili, lada boh yang siap bland tu ditonyoh kat mulut.

So nasihat kat sini, bukan nak kata, korang bodoh sebab guna ayat 'doh'.
cuma kena ingat, apa yang kita cakap kat orang, itulah cerminan buat diri kita. Kalau kata dia 'doh'..'doh la jugak kita.
kata-kata tu pun satu doa.

Pernah dengar tak? kalau kita doakan sahabat kita, malaikat akan mendoakan yang sama untuk diri kita.
Doa yang baik2 utuk sahabat, InsyaAllah, baiklah untuk kita.

Itu saja perbincangan kita, mana yang tak boleh terima, kususun 20 jari mohon maaf andai terkasar bahasa. takut terover acting. heh2

Aku bukan penghukum, aku hanyalah seorang pemikir...
dan hanya Allah yang maha mengetahui segala-galanya...yang tersirat mahupun tersurat.

wassalam,...

Thanks For Yor Comment

0 comments

Contact Form