#thepuisidaie #usrahsantai #dakwahmudah #projek_dakwah #pahalaproject

11:33 PM


Pujian jangan terlalu diangkat,
takut jatuh terlupa darat,
cukuplah kadar kata mengingat,
kerana pujian itu bisa racun besi karat.
matikan aku dalam tunduk,
jangan pujian yang merasuk.

by : mynameisaiezarisha


Mencari.

Aku hilang dalam terang,
menjauh aku mencari namun masih dalam hilang,

Aku masih lagi tergapai-gapai,
meski manusia sekeliling aku itu ramai,

Mereka menghulurkan tangan,
tapi seolah aku masih hilang pedoman,

Tarik aku cepat sedar,
jangan biarkan aku terdampar,
mohon jangan biar aku tersasar,
aku tak mahu hilang pandangan pudar,

Selagi masih punya masa,
berikan aku segala cerita,

Andai aku terjauh rebah,
bangkitkan aku dalam lelah,

Aku juga mahu seperti kalian,
ingin hidup bersama menuju syurga idaman,

Menuju kasih cinta Dia,
sebenar-benar jalan menujuNya,

Aku pudar,
tersasar aku dalam sedar,

Menjauh aku dalam terang,
tarik aku sebelum pulang,

AKU MOHON,

by : @ayie_suhari



Bila rasa hebatnya diri,
egois mula merajai hati,
apa saja teguran di beri,
anggap ia tak perlu lagi,

Teguran itu satu pembetulan,
satu teguran betul kesilapan,
bila teguran diremehkan,
dianggap satu perkara menjatuhkan,

Walau siapa pun kita,
kau aku dia mereka sama,
manusia tak lari dari khilafnya,
anggap ia positif saja,

Peduli tandanya sayang,
kasih ada tak pernah hilang,
andai saja teguran itu datang.
terima ia dengan hati lapang,

Pada yang diberi teguran,
anggap ia proses pembelajaran,
yang salah harus diperbetulkan,
pelajaran terbaik dimasa depan.

by : @ayie_suhari



Usah Menangis.

usah menangis kerana dunia,
yang hanya seketika cuma,
derita sulit pahit di rasa,
namun pahit di syurga sana,

bersabarlah duhai hati yang luka,
walau apa pun derita rasa,
kerana Allah memberi ujian di dunia,
untuk di angkat martabat tika di sana,

hati yang rapuh moga kuat,
meski jatuh jangan terlihat,
bukan hipokrit menahan penat,
cukuplah Allah Maha Melihat,

jangan di keluh kesah hati yang resah,
ingatlah sentiasa adanya Allah,
walau memang kadang kita lemah,
bertabah sabarlah walaupun payah,

mahar syurga tinggi nilainya,
memang pahit tak ditelan rasa,
ingatlah satu pesan ku semua,
usah mengeluh meski derita,

gapai syurga, 
tak semudah disangka,

 by : mynameisaiezarisha


Penjara.

Penjara milik bertuan,
hamba diuji pada kuatnya iman,

Kadang manusia lupa ia adalah hamba,
seolah berlagak dialah penjaga,

Patuh taat dan setia,
pada Pencipta miliknya dunia,
ujian berat kerana cinta,
bukan kerana benci pada makhluknya,

Kunci penjara itu ada,
syurga itu nun disana,
yakinlah kata kataNya
kerana janjiNya itu benar belaka.

by : mynameisaiezarisha

Thanks For Yor Comment

0 comments

Contact Form