Saya perlukan kawan yang faham bahawa "couple sebelum nikah itu haram"

12:55 AM


As'salam..
Ok, dengar tajuk pun memang kedengaran rare.
Ada ke orang begging perkara macam ni.
Tapi itu lah hakikatnya...apa yang aku nak sekarang.

Ada dulu seorang cikgu pernah cakap. Tapi aku tak ingat cikgu apa. #betul tak ingat, maaf ye cikgu ngee

Cikgu tu cakap macam ni,

"Nanti masuk U, banyak dugaan yang kita akan lalui. Kalau dulu, dugaan cikgu yang paling besar ada satu"

"Apa dia cikgu?". #Budak lolipop bertanya sambil menggosok-gosok hidungnya

"Lelaki..."

"Kenapa cikgu?"

"Sebab lelaki kat U...hensem-hensem, mula la kawan-kawan ajak bercrush sana bercrush sini"

hahaha aku ingat balik apa yang cikgu tu cakap. ekceli memang betul. Dan aku faham perasaan cikgu, memang itu satu dugaan.

Dalam kita menghadapi dugaan tu. Ada lagi satu dugaan iaitu kawan-kawan. Hah yang ni tak yah la cerita. Rasanya semua sedia maklum, dalam mencari kawan...perlu berhati-hati.

Tapi dalam kes yang aku cakap ni. Nak berhati-hati tu kena lebih. Jangan tengok pada luaran seseorang je sebab luaran dan dalaman seseorang tu memang ada yang berbeza. Bak kata orang puteh yang rambut kuning mata biru tu, "Nobody perfect"

Orang tengok yang tudung labuh dan menutup aurat sempurna tu, jangan sangka mereka cemerlang dalam bab ikhtilat. Orang yang pakai songkok, kopia mahupun popia atas kepala, jangan sangka mata mereka sentiasa terjaga. Setiap manusia ada syaitan yang menghasut. Nak fight dengan syaitan tu la jihad kita.

Bukan nak buat cerita, tapi memang realitinya berlaku di depan mata.
Ada kawan yang gila crush, ada kawan yang gila dengan boyfriendnya, ada kawan yang gila takde boyfriend..hokhok pun ada aeh?

kalau buat bancian mengenai perasaan cinta, memang orang-orang macam ni wujud.
Kadang aku sendiri duk rimas, bila duduk dengan mereka-mereka ni. Tak ada topik lain nak dicerita la.

//Meon lalu//

"Aehhh crush aku...crush aku..."

//Leman lalu//

"Aehhhh...aehhh crush aku lagi...crush aku.."

//Om angkat tong gas lalu//

"Aehhh...haaa ni crush kau"

Phffff....
Apa dosa si Om tu pun tak tahu. Dia yang buat kerja halal angkat tong gas pun dah jadi bahan.
Tu yang menunjukkan minda masih belum mencapai ke tahap matang.

Berapa banyak crush dalam koleksi pun tak tahu.
Jadi buat kita sama-sama lihat kat sini.

Suka ke bila hati tercemar dengan banyak lelaki yang kita sukai?
Iiiih..hati awak dah tak suci, banyak lelaki yang awak letak dalam hati.

Mencintai Allah tu tak rugi apa. Betul saya cakap ni.
Bila awak rindu Allah, suruh Allah kejut sembahyang tahhajud, then...Allah kejut.
Sebab itu tandanya Allah pun rindu kita.
Indahkan bila cinta berbalas.

Daripada kita cintakan crush yang langsung tak berbalas.
Atau cintakan couple yang tak ada faedahnya.

#ingat untuk berpesan-pesan kepada kebenaran
As'salam

Thanks For Yor Comment

0 comments

Contact Form