Berdosa ke?

12:13 AM


Assalammualaikum...
Entri hari ni bertujuan untuk memberi penjelasan tentang perkara yang dianggap remeh tapi sebenarnya memberi kesan yang buruk. Aku bagi penjelasan ni sebab ada yang masih belum memahami.
Sebelum tu aku nak cerita flashback aku.
Malam tadi dalam jam 8. Aku dapat satu mesej wassap dari kawan. 
"Lin, nanti tolong sign attendance saya, saya tak datang kelas esok, penat" 
Dengan mulut yang sarat mengunyah makanan. aku tak fikir apa, aku cuma jawab, 
"Okay" 
Ye la, aku kalau tengah makan...aku ingat makan je, tak fikir apa lagi. 
Then, nak dipendekkan cerita...
Malam tadi aku cuba untuk tidur. Dah pukul 1 pagi.
Tiba-tiba, fikiran aku teringatkan perkara tadi. (yang kat atas ni)
Tak tahu la kenapa...
Mungkin kali ni mesej dari Allah.
Macam hati aku tiba-tiba kata, 
"Orang yang tak hadir kelas tapi kehadirannya ditanda, bukankah itu satu penipuan" 
Ah...sentap bak hang. Dari mana suara tu datang. 
"Dan orang yang menolong dalam penipuan, itu bukankah dikira sebagai bersubahat" 
Hah, berganda-ganda ni sentapnya. Tak tahu la bisikan dari siapa, dari kata hati atau kesederan yang menusuk masuk minda secara tiba-tiba.
Fuh, hati tak tenang sampai tak boleh tidur sebab nak fikir ayat untuk explain dengan kawan ni sebab nak tolak permintaan dia last minit.
Serabut punya serabut...aku tak boleh tidur sampai jam 3 pagi. Hah tak sedar pun 3 jam otak aku ni tak berhenti berfikir. 
Dah alang-alang jam 3 pagi, aku pun bangun dan pi mengadu kat Allah. 
Bisikan 1 : "Alaa tandakan je la...bukan susah, abis cerita" 
Bisikan 2 : "Lecture tak tahu tapi Allah tahu" 
Explanation untuk ayat kedua ni memang kuat dan tak boleh disangkal. 
Dan akhirnya, aku tetapkan pendirian. Walau apa pun risikonya, orang nak kata kita ni tak boleh nak tolong kawan ke or what so ever, 
Aku tetap tak akan khianati Allah. 
Lepas tu baru la aku boleh tertidur walaupun hanya beberapa jam je sebab alarm dah menyanyi-nyanyi nak kejut bangun subuh, tambah lagi kelas jam 8 pagi. 
Nasib baik je la aku takde rupa macam 'The Walking Death'...Zombie perantauan katanya haha
Okay...Flashback tamat.

Kembali pada tajuk.

"Kenapa boleh terdapat dosa dalam pertolongan?"

Sebab....mereka menolong pada perkara yang mungkar.

Pertama sekali saya nak sentuh satu persoalan,
kenapa saya baru sedar tentang perkara ni?

Saya baru sedar sebab benda ni baru terkena dengan diri sendiri.
Tak terfikir sedalamnya tentang isu macam ni sebab saya belum rasa sendiri.
Selama ni hanya terlihat pada sudut keadilan.

"Eh, mana adil, kawan ni p kelas, kawan yang ni tak p kelas...tapi attendance dia ditanda"

ok...
Bila saya terfikir soal ni.
Minda terbuka seluas-luasnya untuk melihat dalam banyak sudut.
bukan pada kes macam ni saja.
banyak kes boleh dikaitkan.

Semua adalah dari perkataan 'Tolong'

Bila sebut je 'Tolong'
Mentaliti kita memikirkan soal kebajikan.

"Tolong orang kan dapat pahala"

"Takpe la hari ni dia susah, kita tolong dia, hari lain dia tolong kita pula"

Bagi saya...
Perkataan tolong ni cuma perhiasan yang boleh mempengaruhi minda seseorang.
Hah tu rasanya tak yah la nak ulas panjang-panjang nanti saya tersentuh dalam bidang Psikologi pulak.

Saya bagi contoh ya...

Saya ambil pasu, saya letak tanah hitam sikit kat bahagian bawah (nampak macam oreo hancur la), Then atasnya, saya cover dengan ais krim perisa strawberry, paper mint, vanilla...pastu saya cakap kat semua orang, ni namanya, ais krim pasu...tadddaaa.

Orang mesti akan terima tanpa ragu-ragu kan, sebab dah nampak ais krim yang menyelerakan kat atasnya. Ais krim tu sangat mempengaruhi minda mereka.

Macam tu la dengan perkataan 'Tolong' tadi. Dia boleh dijadikan perhiasan kepada perbuatan mungkar.

"Mon, nanti 'tolong' aku cakapkan kat bos, aku tak masuk kerja sebab demam"
//hakikatnya, dia duk rumah layan COC//

"Ton...'tolong' simpan rahsia aku tau. Jangan bagitahu sesiapa yang aku minum arak"
//Rahsia tu amanah, tapi menyimpa rahsia macam ni dikira bersubahat//

"Din, 'Tolong' aku ya. Aku perlukan jawatan tu. Kita kan kawan lama. Nanti ada la bahagian untuk kau"
//Kira macam rasuah//

Memang perhiasan psyco namanya...
lagi-lagi bila kena dengan nadanya...

"Tolong la aku yeee....please..."
"Tolong la ye...tolong la Ton...tolong la...please..please"

and etc.

Kesimpulannya. kalau kita dapat ayat 'Tolong' dari sesiapa. kita kena nilai pada permintaannya. Kalau untuk kebaikan tak apa. Kalau untuk kejahatan minta dijauhkan.

Walaupun namanya kawan ke. 'bestie' hingga hujung nyawa ke atau setia hujung nyawa sekalipun.

Dan berbalik pada kisah flashback saya tadi.
Saya nak cerita tentang isu ni sebab perkara ni memang jadi satu penyakit dalam kalangan pelajar universiti terutamanya.

---------------

"Cempedak...tolong tandakan attendance aku, esok aku tak dapat datang kelas"

"Okay...nama penuh kau apa?"

"Tembikai bin Watermelon"

"Number matrik?"

"BG123456789101112"

"Amboi, banyaknya BG..."

"Err..kau pernah makan tembikai takde biji?"

//Cempedak kebingunggan//

---------------

Harap fokus korang tak terganggu dengan sketsa di atas.
^_^
Mungkin ada di sesetengah tempat atau Universiti yang mana Lecture dia cuma bagi kertas kat student untuk sign attendance masing-masing.
atau..
Mungkin ada Universiti yang belajar dalam kelas yang mempunyai kuantiti yang kecil. Kalau macam ni, boleh la main panggil-panggil nama macam kat sekolah rendah dulu...

"Meon..."

"Saya cikgu.."

"Tipah..."

"Hadir cikgu...."

"Peah..."

//Tak berjawab//

"Ok, Peah tak hadir ya..."

Haha kalau pula sekarang ada student universiti yang belajar dalam satu dewan kuliah, dan memuatkan lebih 200 orang.
Rasanya nak panggil nama satu persatu, sampai ke esok pun tak sudah.

Jadi, itu je la alternatif untuk Lecture ambil kehadiran.
Tapi yang jadi masalahnya. Sikap pelajar yang tak amanah dan tak bertanggungjawab.

Mungkin ayat saya ni agak pedih sikit la..

"Mereka takut kawan dari takut Tuhan" 

"Mereka dengar cakap kawan dari Tuhan"

Ingat....Lecture memang tak nampak, tapi Allah sentiasa nampak.

Bukan saya nak bagi hukum. Dosa dan pahala kan Allah yang tetapkan.  Buat mereka yang suka 'Tolong' kawan tandakan attendance ni, sendiri boleh renungkan dan fikir. Berdosa atau tak?

Saya cuma nak beritahu bahawa perbuatan ni adalah satu kemungkaran sebab ia melibatkan 'Pembohongan' atau 'Penipuan'.
Dia berbohong dengan Lecture dan korang pula bersubahat sebab 'Tolong'.
//Perbuatan yang mungkar kan berdosa//

Perkara ni takut memberi kesan terhadap pelajaran sendiri.
Takde keberkatan dalam pelajaran sebab pernah tipu Lecture.
Halus je kan perbuatan ni. kita tak nampak, sebab tu kita kata ini perkara biasa. Cuba fikir sedalam-dalam-dalamnya.

Huh..

"Tapi macam mana kalau kawan tu sakit, dia memang tak dapat pergi kelas?"

Kan dia boleh buat surat ketidakhadiran...apa susah?

Ada ke seorang kawan sanggup libatkan kawan dia dalam masalah yang dia hadapi?...
Sampai la kawan dia tu terpaksa bersubahat buat dosa.

Jadi ketahuilah bahawa korang dah terkena satu virus.
Ni namanya, Virus Ukhwah Palsu

Carilah Ukhwah bukan Kawan

Walaubagaimanapun, islam itu indah. Nak tandakan attendance kawan? Boleh, kecuali adanya darurat .

"Eh, tadi kata perbuatan tu dosa, kenapa kata boleh pulak?"

Kan saya kata 'Kecuali ada darurat'

"Darurat macam mana?"

Haaaa...
Darurat bila ada Lecture yang cakap...

"Ok...all students. WHO DIDN'T ATTEND MY CLASS TODAY. I'LL KILL THEM AFTER THIS CLASS. NO DELAY!!"

Ok, bila dengar Lecture cakap macam ni, pelajar dah gerun, terkenangkan kawannya yang akan mati kena bunuh. Terburu-buru cari kertas kehadiran untuk tandakan nama kawan dia. Sebab sayang kawan, takut dia mati. Done tandakan.

//Ahah,...bila darurat boleh, untuk tujuan menyelamatkan nyawa//

Hah, tapi tak ada la Lecture macam ni kan...paling-paling pun last word, dia akan cakap.

"I'M JUST KIDDING..."

Haaa, dan... apa lagi? korang pula haruslah memadam balik tanda yang korang tulis untuk kehadiran kawan korang tadi.

K...itu saja rasanya ^_^
Tarbiah ini untuk diri saya sendiri dan sesiapa yang terpanggil untuk tarbiah ini.
Tabarakallah.. :')

Thanks For Yor Comment

2 comments

Contact Form