Sabar kena Ikhlas

\\Assalammualaikum//

Asal jam 1 pagi je, rasa nak menulis...rasa nak membebel sat...harap well said pagi ni, kalau tak ada benefit tu, campak je ayat aku ke laut bagi makan 'jos' ...tahu ikan 'jos'? tu yang jerung, yu, shark, dan seangkatan dengan mereka.

Ok, intro aku je pun dah merepek pasal ikan jos. *lupakan hal tu

Sebenarnya, den baru balik ni dari labuan, setelah bertungkus lumus menghabiskan pembelajaran di sem1, akhirnya..dapat cuti sebulan. Tapi, sebulan pun rasa sekejap, baru sampai je, rasa macam dah dekat masanya nak balik.hah..
Tadi ni, nak cerita kes dan peristiwa yang kami lalui...perjalanan kami memang sangat me...me...menyedihkan dompet.

Patutnya Feri Labuan-KK, kami ingat nak ambil 14hb pagi...sebab tiket flight KK-LD dah beli awal, 14hb petang jam 4.
Bila dia bagitahu je yang tiket Feri tak ada jual pagi sebab, Feri tak beroperasi waktu pagi. (mungkin sebab cuaca kurang baik di waktu pagi..)

Jadi..terpaksa la ambil 13hb petang, awal sehari.
hah time ni la kebingungan mula melanda.
Motif utama aku naik flight sebab nak save duit, tapi sudahnya, paling banyak kena keluar duit.
Duit penginapan, duit makan...bukan murah.
Tapi takpe la dah sampai rumah pun syukur alhamdulillah.

Sabar kena ikhlas...
bukan sabar ada had..
Selalu, orang suka cakap;

"Jangan nak menguji tahap kesabaran aku ye"

"sabar aku ada hadnya, jangan sampai aku hilang sabar"

"sabar aku bertempat, kalau aku dah naik angin, memang teruk dia aku kerjakan"

Dan ada lagi banyak contoh-contoh ayat yang sewaktu dengannya.
Malas la nak tulis semua, nanti sampai esok tak sudah.

Orang yang suka cakap macam ni sebenarnya hipokrit.
Dia nampak sabar tapi dengan kata-kata dia macam tu menunjukkan dia tak ikhlas untuk sabar.

Susah ke nak rasa sabar tu macam mana?

Tak susah, selagi hati kita kuat mengingati Allah.
Mengikut pengalaman aku sendiri.
Aku pernah rasa macam mana peritnya rasa ditipu kawan, kawan tikam belakang, orang cakap belakang, depan kita baik, belakang kita cakap buruk pasal kita...semua sebab mereka tak suka.
Tak ada seorang pun dalam dunia ni yang disukai oleh semua orang, mesti ada yang tak suka dengan kita walaupun sorang.
Sakit tak hati bila kita kena terima semua ni?

Jadi apa patut kita buat...
aku cuma ada satu cara yang boleh buat aku ikhlas untuk sabar.
nak bagi tips yang berkesan, aku tak tahu la berkesan kat korang ke tak, tapi memang berkesan kat aku.

Kalau rasa sakit hati dengan orang yang menyakitkan hati kita, jangan balas balik dengan menyakitkan hati dia..malah kita kena cuba untuk jadi ikhlas dan sabar.
//Bila orang baling tahi lembu kat kita, kita tak boleh baling tahi lembu tu balik kat dia//
Masalah akan jadi lebih besar kalau kita buat macam tu...sebab tangan kita pun terkena lagi tahi lembu tu sebab nak baling balik.

Bila orang tu khianati kita...
Cuba tutup mata (kosongkan minda) kemudian senyum.
Memang nampak macam tak siuman bila senyum sendiri...tapi jangan la buat depan orang awam. Bila kita sedih, kita kat mana? mesti nak bersendiri kan...cuba ubah sikit, bila rasa sedih, jangan buat mata tu bertindak agrasif, biarkan bibir mengukir senyuman...InsyaAllah mata tak akan keluarkan air mata. Ni biasa jadi kalau perempuan tu memang mudah nangis ; 'chengeng', 'gembeng', chiwek' dan macam-macam lagi gelaran.

kalau lelaki nak kawal marah macam mana?
Buat benda yang sama pun boleh.
Pejam mata, sebut nama Allah.
'Allahu akhbar'...'lailahaillallah'...
Puji dan sebut la nama Allah banyak kali

Fikir positif...
Besar ganjaran buat orang yang bersabar.
Ingatlah, Allah maha mengetahui...
Allah tahu apa yang kita rasa.
Allah lah yang ada dekat dengan kita diwaktu senang mahupun susah.

Tahu tak kunci segala akhlak yang mulia dalam diri kita, boleh jadi dengan hanya bersabar.
Sebabnya, bila seseorang tu sabar, dia mula rasa ikhlas, dia mula jadi seorang yang pemaaf, dia mempunyai rasa redha, tawakal, yakin dengan ketentuan Allah...dan banyak lagi yang boleh kita kaitkan dengan sabar.

//semoga kita dapat terapkan dalam diri//

Mulakan dengan sifat sabar ^_^
InsyaAllah, Tabarakallah~

Contact Form