Rindu Masakan mak, Rindu Motivasi Ayah

9:01 AM


Assalammualaikum...
study week dah datang ni. tapi feeling nak bukak buku tu tak mai lagi. Tadi telefon mak, sesi meluahkan perasaan tentang ketidakpuashatian...//macam pelik ayat ni...ke aku salah eja//
hah pape la...
tadi telefon mak...
dan soalan wajib yang mak akan tanya ada tiga je...iaitu, tak lain tak bukan...
-dah solat?
-dah makan?
-dah belajar?

hampir tiap kali telefon mesti ada soalan wajib ni. Tu la pasal, kena setelkan dulu semua ni, baru telefon mak. kalau cakap 'belum' memang cari nahas kan. Dengar tazkirah dulu baru boleh cakap benda lain.

Tadi tu, bila nak meluah dengan mak, mesti pasal makanan.
tapi, nasib baik aku kena bagi tazkirah yang pendek sebab aku bagi alasan yang kukuh.
mak tanya "dah makan ke belum?",
then, aku jawab la "dah"....mak tanya lagi "makan apa?"
aku kena cakap dengan jujur, kalau tak, hidup tak berkat kan..
aku cakap la makan maggi...
haaa kan..., kat situ la kena tazkirah..
"jangan makan maggi,,,nanti itu...nanti ini...."
"nak makan boleh, tapi jangan selalu, kan dah nak pekse nanti"

ye mak, tapi tunggu saya nak habiskan stok dulu ye mak...boleh la ye ye ye mak.

ok tazkirah mak tadi tu tak panjang sebab aku bagi alasan yang boleh diterima, aku makan maggi sebab kantin tu, yang kedai makanan peberet aku tu tutup...bukan satu tapi dua-dua tutup. yang tinggal cuma kedai makan yang mahal dan kedai makan yang tak berkenan di hati, sebabnya adab tak ada.
ok, kalau nak cerita kat sini memang la tak boleh...biar la aku makan hati, lama-lama boleh ubat. Semoga Allah bagi petunjuk buat mereka supaya mereka tahu macam mana nak menjaga adab sesama manusia.

Tapi esok aku kena turun kantin jugak, cari makanan...sebab pesan mak, jangan nak berjimat sangat kalau pasal makan. makan je, jangan sampai tak makan.

aku cakap ngan mak..."kalau belanja makan sampai duit habis, macam mana?"
mak jawab..." haha diam-diam"
'tsk'

cerita pasal makanan ni memang tak akan habis sampai esok, tambah lagi mak sengaja buat aku cemburu, cakap kat rumah tadi mak masak ikan bakar cicah kuah asam...rasa macam nak nangis pun ada.
huaa mak~, lin kat sini dapat makan ikan bilis cicah sos je mak. itu pun ada nasib-nasib kadang jumpa ikan bilis yang beso sikit.

Ok, tutup cerita pasal makan.
sebenarnya tujuan aku telefon tadi tu, selain dari rindu dan nak tanya khabar...
aku sebenarnya nak semangat...
tapi kalau cakap dengan mak, semangat memang ada, cuma semangat untuk makan...haha takde la.
sebenarnya ayah aku punya semangat memang kaw-kaw punya.
haha, kenapa?...sebab aku boleh rasa bila dah dengar ayah bagi semangat dan motivasi, rasa macam hari tu jugak aku nak ambil exam. haha.
tapi malangnya, tadi aku tak dapat cakap dengan ayah sebab mak cakap ayah tengah makan...
-_-
Ok takpe esok cuba lagi...
"Ayah, lin banyak nak mengadu ni...hehe"
rasanya ayah kena bukak loadspeaker, letak telefon atas meja, santai-santai minum kopi, dan dengar cerita lin ye..hee

haa tu je la nak cerita...malam ni rasa nak update blog sebab tengah menunggu roommate aku balik dari urus event silat. Sangat busy roommate aku ni, semalam jam 4 pagi baru balik, kesian tak cukup tidur. aku ni je yang masih goyang kaki sebab kos aku sem ni takde kokum. Memang kena siap sedia la aku sem depan.

#HappyStudyWeek
#TolongCariRajinSayaGunaGPS #MasihHilangDariRadar ^_^

Thanks For Yor Comment

0 comments

Contact Form