Bila sakit itu datang

12:02 AM

Assalammualaikum...
semua semua...kenapa tajuk entri ni menimbulkan persoalan?
sakit apa yang datang?
haa ni yang nak habaq mai, sakit tu di sini...-___- di hati.
hanya Allah yang tahu macam mana rasa sakit tu.
Aku bukan suka ditindas macam ni tapi bila dah selalu macam ni.
hati nak nangis tak boleh, nak marah tak boleh, nak zahirkan kemarahan lagi la tak boleh. Ni la yang dinamakan makan dalam.

Mana keadilan?
bila ada orang yang bersifat mementingkan diri sendiri.
dia hanya akan fikir tentang pulangan yang dia dapat.
kerja kumpulan tapi dia buat kerja macam untuk dia.
ada salah ke yang aku terlepas pandang?


SITUASI 
error

Bila kita sabar dan tak ambil kesah, orang ingat kita bodoh...
Bila kita lawan, orang ingat kita tak rasional...
apa ni? mana satu yang betulnya.

aku cakap kat hati aku, sabar hati sabar..
aku cuba pujuk dia supaya jangan menangis..
aku cuba tenangkan dia supaya tak marah..
aku cuba yakinkan dia bahawa Allah ada dekat dengan kita, Allah tahu keadaan kita, dan ingatlah setiap perbuatan pasti ada balasannya.

aku kena positifkan diri, anggap ni cuma benda kecil. Bahas secara profesional, insyaAllah. keadilan tetap ada, hapuskan diskriminasi...haha amboi ayat macam politik.

ok la dah cukup la tu, sekarang bukan masa untuk geramji.
Ajar orang untuk belajar menerima...la taghdob~ la tahzan~ Allah ada...
macam mana nak sabar?
ingat balik semua kebaikan yang dia pernah buat....semua kebaikan dia terhadap kita, walaupun sikit.
InsyaAllah boleh rasa sabar...
dan berkat sabar, Allah akan bagi ganjaran.

cerita geramji di atas dah dapat ditutup...
sekarang, hasil dari toleransi yang dibuat, akhirnya keadilan dapat dicapai...
//ihh bunyi macam politik pulak ayat aku ni//
pape la, yang penting apa yang nak difokuskan kat sini. Positifkan diri.
kita semua tahu yang setiap orang mempunyai sifat yang berbeza dalam diri mereka. orang yang jahat sekalipun, dalam hati dia tetap ada kebaikan. Jadi fikir yang baik...insyaAllah baik la juga hasilnya.
wasalam...:)

p/s : admin memerlukan idea. la ni tengah nak buat poster untuk program yang bertemakan "Jom Solat di Masjid" -_- idea, tolong datang sini idea.

Thanks For Yor Comment

0 comments

Contact Form